Pendapatan Sarawak berganda hasil reformasi fiskal

KUCHING – Strategi kejuruteraan semula pendapatan negeri yang dilaksanakan sejak sembilan tahun lalu membuahkan hasil lumayan apabila pendapatan Sarawak kini dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding tahun 2017.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, lonjakan hasil ini adalah bukti kejayaan langkah berani kerajaan negeri memperkukuh kedaulatan fiskal, termasuk pengenalan Cukai Jualan Negeri ke atas produk petroleum.

Menurutnya, kedudukan kewangan yang kukuh ini bukan sahaja memperluaskan ruang fiskal negeri, malah membolehkan Sarawak mengekalkan rekod audit bersih serta penarafan kredit yang tinggi.

“Sembilan tahun lalu, kita membuat keputusan untuk mengubah cara kerajaan bekerja. Kita beralih daripada sekadar pemilik sumber yang pasif kepada peserta komersial yang aktif melalui penubuhan PETROS.

“Hasilnya, kita tidak lagi dilihat semata-mata sebagai ekonomi berasaskan sumber mentah, tetapi diiktiraf sebagai rakan kongsi yang berwibawa dalam transformasi ekonomi serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat YAB Premier 2026 bertemakan “9 Tahun Yang Gemilang” di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

Mengulas lanjut, Abang Johari menjelaskan kejayaan ekonomi Sarawak turut dipacu oleh penubuhan ekosistem kewangan sendiri.

Ini termasuk penubuhan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) untuk pembiayaan pembangunan strategik dan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Depan Sarawak yang berfungsi menukar hasil sumber terhad kepada aset kewangan kekal untuk generasi akan datang.

Tambahnya, langkah strategik mengambil alih pegangan majoriti dalam Affin Bank turut memperkukuh kehadiran Sarawak dalam sistem kewangan nasional.

Melangkah ke hadapan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi tempoh 2026 hingga 2030, Abang Johari menegaskan fokus kini beralih kepada industri hiliran bernilai tinggi dan tenaga hijau.

“Kita akan memperdalam industri pembuatan dengan tumpuan kepada pemprosesan bernilai tinggi dan bahan termaju.

“Bermula tahun 2026 juga, levi karbon akan mula dikenakan ke atas fasiliti terpilih dalam sektor minyak dan gas, di mana hasilnya akan disalurkan ke dalam Dana Perubahan Iklim untuk menyokong inisiatif tenaga boleh diperbaharui,” jelasnya.

Beliau menyimpulkan bahawa tahun 2026 adalah tahun penentu penyampaian iaitu asas ekonomi yang kukuh ini mesti diterjemahkan kepada hasil nyata yang dinikmati rakyat secara langsung.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

Tangguh bayar PTPTN bantu stabil kewangan peminjam berpendapatan rendah – Adam Adli

Tangguh bayar PTPTN bantu stabil kewangan peminjam berpendapatan rendah – Adam Adli

PKR desak Nik Abduh tarik balik kenyataan, mohon maaf isu penghinaan al-Quran

PKR desak Nik Abduh tarik balik kenyataan, mohon maaf isu penghinaan al-Quran

Belum ada keputusan, rundingan kerjasama PH PRN Melaka masih berjalan

Belum ada keputusan, rundingan kerjasama PH PRN Melaka masih berjalan