Sindiket dadah tumpas, dua lelaki ditahan bersama rampasan RM932,173

KUCHING – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di sekitar bandar raya ini selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah serta menyita harta dengan nilai keseluruhan mencecah RM932,173.50.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejayaan itu hasil operasi bersepadu yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada 8 Januari lalu.

Menurutnya, serbuan yang dilakukan bermula jam 3.40 petang hingga 7.50 malam itu berjaya menahan dua suspek berusia 38 dan 42 tahun.

“Dalam operasi tersebut, polis merampas sejumlah 5,662.90 gram syabu, 1,819 gram ketamin, 120 gram pil Erimin 5 serta 60.2 gram ekstasi dengan nilai rampasan dadah dianggarkan RM328,173.50.

“Jumlah dadah yang dirampas ini dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 32,573 penagih,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Alexson berkata, selain dadah, polis turut menyita harta bernilai RM604,000 yang disyaki hasil daripada kegiatan haram tersebut.

“Sitaan melibatkan lima buah kenderaan iaitu Toyota Alphard, Mercedes GLA 250, Toyota Harrier, Perodua Alza, sebuah motosikal jenis Yamaha serta seutas jam tangan jenama Rolex,” ujarnya.

Mengulas mengenai modus operandi, beliau menjelaskan suspek berusia 42 tahun berperanan sebagai penjaga stor di sebuah pangsapuri sewaan dan penghantar, manakala suspek berusia 38 tahun bertindak mengambil bekalan dadah untuk disimpan dan diedarkan.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek pertama positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek kedua positif benzo.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula 9 hingga 16 Januari 2026 bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali,” tegasnya.

Related Posts

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

KOTA KINABALU – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan Sarawak-Sabah Link Road 1 disasarkan siap menjelang akhir 2027, dengan kerajaan meneruskan peruntukan RM3.3 bilion bagi pembangunan jalan raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 ringankan beban rakyat, Sabah kekal penerima peruntukan terbesar – Hajiji

KOTA KINABALU – Belanjawan Negara 2027 disifatkan sebagai belanjawan komprehensif yang mampu meringankan beban kewangan rakyat, selain mencerminkan kekukuhan ekonomi dan kedudukan kewangan negara. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Gaji minimum RM2,000 bantu tingkat kecukupan simpanan persaraan ahli – KWSP

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Istilah ‘waad’, ‘lighad’ ketika pembentangan Belanjawan 2027 curi tumpuan

Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
Pan Borneo Sabah Fasa 1B disasar siap akhir 2027

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Konsolidasi fiskal, bantuan bersasar penting perkukuh daya tahan ekonomi

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

Peruntukan RM8 bilion untuk TVET bukti Kerajaan MADANI angkat pembangunan tenaga kerja berkemahiran

RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak

  • By Ezmie
  • October 9, 2026
RM1.3 bilion naik taraf 682 sekolah daif, JPA taja 4,200 anak kelahiran Sabah dan Sarawak