JKNS tangani isu menunggu lama di Klinik Mata HQE

KOTA KINABALU – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan bagi menangani isu tempoh menunggu yang panjang di Klinik Mata, Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Pengarahnya, William Gotulis berkata, pihak hospital bersama JKNS kini menyusun semula penugasan serta perancangan tenaga kerja bagi mengurangkan kesesakan pesakit dan melancarkan proses rawatan di klinik berkenaan.

“Pihak hospital dan JKNS sedang mengambil beberapa langkah penambahbaikan, antaranya menyusun semula penugasan dan perancangan tenaga kerja bagi mengurangkan kesesakan.

“Menambah baik pengurusan aliran pesakit dan merancang penempatan Jabatan Oftalmologi dalam perancangan bangunan baharu HQE yang lebih luas dan berkapasiti tinggi bagi memenuhi keperluan pesakit pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa menjawab hantaran tular di laman Facebook pada 6 Januari lepas.

Tambah William, JKNS kekal komited dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang diberikan adalah selamat, berkualiti dan berterusan demi kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik