Sarawak hormati ‘Rule of Law’ dalam isu Petronas

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ berhubung tindakan Petronas memohon pencerahan undang-undang mengenai kawal selia petroleum di negeri ini.

Tegas beliau, kerajaan Sarawak menghormati keluhuran undang-undang (rule of law) dan menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat ketetapan memandangkan isu tersebut melibatkan kepentingan kedua-dua pihak iaitu kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

“Saya tiada komen. Mereka (Petronas) berkehendakkan arahan daripada mahkamah, jadi biarkan mahkamah menentukan.

“Tidak (perlu ulas panjang) kerana ia menyentuh kedua-dua kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Biar mahkamah putuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Perdana YAB Premier 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

Mengulas lanjut, Abang Johari menyifatkan tindakan syarikat minyak dan gas negara itu sebagai satu prosedur biasa bagi mendapatkan kejelasan undang-undang dan ia tidak memberi kesan besar kepada operasi sedia ada.

Jelasnya, apa yang penting pada akhirnya adalah mencapai satu penyelesaian yang tuntas.

“Biasa lah, mungkin ia minta arahan daripada mahkamah. Sama ada (keputusan) memihak atau tidak, ia tidak memberi kesan banyak.

“Pada akhirnya, anda perlu mencari penyelesaian. Jadi, ia (tindakan Petronas) sekadar mahu pencerahan sahaja,” ujarnya.

Ditanya mengenai implikasi keputusan itu terhadap hubungan antara Petronas dan syarikat minyak milik Sarawak, PETROS pada tahun 2026, Abang Johari kekal dengan pendirian untuk mematuhi proses perundangan.

“Kita tengok dulu bagaimana keputusan mahkamah. Mahkamah yang akan menentukan. Kita ada rule of law, kita ikutlah rule of law,” katanya.

Related Posts

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah tegaskan belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung penggunaan logo atau bentuk kerjasama politik yang akan digunakan pada pilihan raya akan datang. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

LIMBANG – Seorang lelaki dilaporkan terlibat dalam kemalangan kendiri membabitkan sebuah motosikal di Jalan Poyan Jaya di sini, pagi tadi. Menurut Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Limbang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

PH Sabah belum putuskan penggunaan logo pilihan raya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Poyan Jaya

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

Jangan terpengaruh anasir luar, isu Kampung Gayan Sibugal sudah selesai

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

PKR Sabah perkukuh struktur organisasi, siap sedia bantu jentera PRN Johor, Negeri Sembilan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Sabah sambut baik pandangan PM, pastikan rakyat tempatan nikmati pertumbuhan industri pelancongan

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak

Kemalangan 6 sekeluarga maut: Reman pemandu lori ditolak