Carrick mungkin dipilih pengendali Manchester United

MICHAEL Carrick kini berada di ‘petak depan’ untuk dinamakan sebagai pengurus sementara Manchester United hingga penghujung musim, menurut laporan media.

BBC dan Sky Sports dilaporkan berkata, perbincangan antara pengendali berusia 44 tahun itu dan pengurusan kelab ‘berlangsung dengan baik’ dan United mahu melantiknya sebelum pemain kembali berlatih Rabu ini.

Carrick sebelum ini memiliki rekod tiga kali tanpa kalah ketika menjadi boss sementara di Old Trafford pada 2021.

Bekas pemain tengah itu – yang menang 12 trofi utama sepanjang 12 tahun beraksi di United – dilantik sebagai pengurus Middlesbrough pada Oktober 2022.

Carrick membimbing Middlesbrough ke play-offs Liga Kejuaraan pada musim pertamanya tetapi dipecat pada Jun selepas menamatkan liga divisyen dua itu di tangga ke-10.

United juga sedang berbincang dengan Ole Gunnar Solskjaer untuk kembali ke kelab.

Red Devils memecat Ruben Amorim minggu lalu selepas 14 bulan bersama jurulatih dari Portugal itu.

Pengendali sementara, Darren Fletcher membawa pasukan seri 2-2 berdepan Burnley dalam liga dan kalah 1-2 kepada Brighton dalam saingan Piala FA.

Related Posts

England juara kumpulan L, atasi Panama 2-0

ENGLAND mengalahkan Panama 2-0 untuk muncul juara Kumpulan L Piala Dunia, hasil jaringan Jude Bellingham dan Harry Kane di babak kedua, pagi ini. Bellingham memecah kebuntuan pada pertengahan babak kedua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

SEPANYOL menjuarai Kumpulan H selepas menewaskan Uruguay 1-0 sekali gus melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Dunia manakala pasukan kendalian Marcelo Bielsa itu tersingkir daripada kejohanan. Sepanyol menamatkan saingan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

Pas jangan permainkan maruah bangsa Johor, tarik diri sahaja dari bertanding

Pas jangan permainkan maruah bangsa Johor, tarik diri sahaja dari bertanding

HBH berpotensi tingkat produktiviti dan keseimbangan kerja penjawat awam

HBH berpotensi tingkat produktiviti dan keseimbangan kerja penjawat awam

Laluan laut jadi pilihan, lapan PATI ditahan

Laluan laut jadi pilihan, lapan PATI ditahan

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok