Naik taraf BSBCC, SOURCS Sepilok perkukuh ekopelancongan Sabah

SANDAKAN – Penaiktarafan kemudahan di Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) dan Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok (SOURC) memperkukuh peranan Sabah sebagai destinasi ekopelancongan utama negara.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datuk Jafry Ariffin berkata, pelancaran ruang legar baharu BSBCC, Pusat Informasi baharu dan penaiktarafan Laluan Papan SOURC bukan sahaja meningkatkan keselesaan pengunjung, malah menyokong usaha pemuliharaan hidupan liar secara mampan.

“Lokasi strategik kedua-dua pusat ini bersama Rainforest Discovery Centre (RDC) di sekitar Sepilok menawarkan pengalaman yang mudah dan menyeluruh kepada pelawat untuk meneroka warisan alam semula jadi Sabah, di samping memberi sumbangan positif kepada ekonomi tempatan.

“BSBCC mencatat perkembangan memberangsangkan apabila beralih daripada sebuah pusat pemulihan kepada satu-satunya lokasi di dunia yang membolehkan pengunjung melihat beruang madu dalam habitat hutan semula jadi.

“Kejayaan ini turut disokong oleh peningkatan jumlah pengunjung dengan 90,760 pelawat tempatan dan antarabangsa direkodkan pada 2025,”ujarnya semasa merasmikan Majlis Pelancaran Foyer Baharu BSBCC, Pusat Informasi baharu serta penaiktarafan Laluan Papan SOURC Sepilok di sini, pada Isnin.

Jefry turut optimis kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) serta pemilihan beruang madu sebagai maskot rasmi akan meningkatkan lagi minat pelancong terhadap pusat tersebut.

Dalam pada itu, Jafry berkata, SOURC yang merupakan pusat pertama di dunia khusus bagi pemulihan orangutan yatim dan diselamatkan, terus menjadi antara pemacu utama kedatangan pelancong antarabangsa ke Sabah.

“Pada 2025, pusat ini merekodkan 155,406 kemasukan pelawat, sekali gus membuktikan kepentingannya di peringkat global dan keperluan menaik taraf kemudahan bagi memastikan peranannya dapat diteruskan.

“Pendekatan yang menggabungkan pelancongan dan pemuliharaan secara seiring merupakan hala tuju terbaik untuk menjamin manfaat jangka panjang kepada alam sekitar, industri pelancongan dan komuniti setempat,”kongsinya.

Jafry turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), agensi kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi penyelidikan serta rakan komuniti atas sokongan berterusan dalam memajukan ekopelancongan di Sabah.

Related Posts

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu. Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

MUKAH – Pasukan Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai selepas menjuarai acara kemuncak lumba perahu bidar Pesta N58 Balingian @ Penakub Ulu 2026 di Tebingan Kampung Penakub Ulu pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling