Alonso dipecat, Arbeloa jadi jurulatih baharu Real Madrid

REAL Madrid mengumumkan pengendalinya, Xabi Alonso ‘meninggalkan’ kelab gergasi Sepanyol itu menerusi persetujuan bersama, dengan bekas pemain mereka, Alvaro Arbeloa, dilantik sebagai pengganti.

Keputusan itu dibuat sehari selepas Real tewas 3-2 kepada Barcelona dalam aksi final Piala Super Sepanyol pada Ahad, sekali gus menamatkan tugas Alonso yang hanya bertahan kurang lapan bulan sebagai pengendali utama.

“Real Madrid mengumumkan bahawa, menerusi persetujuan bersama antara kelab dan Xabi Alonso, keputusan sudah dibuat untuk menamatkan peranannya sebagai ketua jurulatih pasukan utama,” kata Los Blancos dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan berasingan, kelab ibu kota Sepanyol itu mengesahkan Arbeloa bakal mengambil alih tugas Alonso, tanpa memperincikan tempoh kontrak jurulatih berusia 42 tahun itu.

“Arbeloa sudah menjadi jurulatih Castilla sejak Jun 2025 dan sudah membina keseluruhan kerjaya kejurulatihannya dalam akademi Real Madrid sejak tahun 2020,” kata kenyataan berkenaan.

Perlawanan pertama Arbeloa sebagai pengendali ialah aksi pusingan 16 Piala Raja Sepanyol menentang kelab divisyen kedua, Albacete, esok.

Arbeloa membuat 238 penampilan bersama Real Madrid dari tahun 2009 hingga 2016, memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan satu gelaran LaLiga, selain beberapa trofi lain.

Beliau juga menjulang Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol serta Kejohanan Eropah 2008 dan 2012, bergandingan dengan Alonso di peringkat kelab dan negara.

Related Posts

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

SKUAD Harimau Malaya membuka kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan selepas menumbangkan Myanmar 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thuwunna, malam tadi. Kebangkitan pada babak kedua jelas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkembangan lanjut mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) akan diumumkan pada Ahad ini. “Saya akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Kerajaan Perak arah semakan menyeluruh operasi kuari Kuala Kangsar

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah