508,631 murid Sabah terima BAP RM150 sesi 2026

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan sebanyak RM76 juta bagi pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di Sabah bagi sesi persekolahan 2026.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, bantuan ini memberi manfaat kepada 508,631 murid dengan melibatkan 1,298 buah sekolah di seluruh Sabah.

“Bantuan ini disalurkan kepada semua pelajar warganegara tanpa mengira latar belakang pendapatan ibu bapa. Bantuan ini juga diberikan secara sejagat dan semua pelajar menerima jumlah yang sama, tanpa mengira struktur gaji ibu bapa.

“Saya berharap ibu bapa dapat membimbing anak-anak supaya menggunakan bantuan ini sepenuhnya untuk keperluan pendidikan mereka,” ujarnya semasa sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 di Sekolah Menengah Bandaraya, Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Tambah Mustapha, Kerajaan MADANI turut menyalurkan bantuan tambahan menerusi Inisiatif Sejahtera MADANI yang dikelolakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) JPM Sabah.

“Melalui Inisiatif Sejahtera MADANI, sebanyak RM740 ribu diperuntukkan kepada 2,000 orang anak Sabah yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar di seluruh Sabah.

“Inisiatif ini meliputi pelbagai bantuan seperti bantuan bayaran yuran pengajian, tuisyen, peralatan, bantuan awal persekolahan dan bantuan-bantuan lain yang berkaitan,”katanya.

Bagi sesi persekolah tahun ini, kadar BAP tahun ini telah ditingkatkan daripada RM100 kepada RM150 bagi setiap murid, sebagai manifestasi keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kos perbelanjaan awal persekolahan.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP