Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

JOHOR BAHRU – Individu terbabit dalam insiden seorang lelaki ditampar di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini, semalam, sebagaimana tular dalam media sosial, disahkan adalah seorang anggota polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor ketika mengesahkan perkara itu berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 petang.

“Individu terbabit dikenal pasti sebagai anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara dan sedang bercuti ketika kejadian,” katanya, lapor Bernama.

Setakat ini, Azrol Anuar berkata, polis belum menerima laporan berkaitan insiden itu, namun mangsa terbabit sudah dikenal pasti dan usaha sedang dijalankan untuk mengesannya bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, polis memandang serius dakwaan kesalahan atau salah laku membabitkan pegawai dan anggota pasukan itu, sekali gus memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus, adil serta berintegriti.

“Satu siasatan dalaman telah dibuka dan tindakan tegas akan diambil sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, peraturan atau tatakelakuan yang ditetapkan,” katanya.

Azrol Anuar turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung insiden berkenaan, dan mengalu-alukan kerjasama mereka yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 33 saat tular memaparkan seorang penunggang motosikal yang sedang membonceng seorang wanita, ditampar seorang lelaki didakwa sebagai anggota polis dalam kejadian di sebuah stesen minyak.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat