PN hanya zahir kerapuhan di mata rakyat

PERIKATAN Nasional (PN) dilihat semakin menzahirkan kerapuhan dan ketidakstabilan di mata rakyat susulan perkembangan politik mutakhir yang gagal menggugat kestabilan pentadbiran Kerajaan MADANI.

Pemerhati politik, Norman Daud berkata, suasana politik negara sejak awal Januari dilihat lebih tenang, sekali gus mencerminkan kegagalan PN mencetuskan naratif yang mampu menarik sokongan rakyat.

Beliau berkata, peletakan jawatan beramai-ramai ahli Bersatu daripada gabungan PN menjadi petunjuk awal kepada krisis dalaman yang sedang melanda gabungan itu.

“Isu-isu yang cuba dimainkan pembangkang, termasuk polemik membabitkan kenyataan Dr Akmal dan serangan siber terhadap lawatan Perdana Menteri ke makam Mustafa Kemal Atatürk, ternyata tidak mendapat sambutan rakyat.

“Ini kerana rakyat hari ini semakin matang dan memahami protokol diplomatik yang perlu dipatuhi oleh seorang ketua kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Norman turut menyifatkan serangan yang digerakkan oleh jentera siber PN sebagai gagal kerana bersandarkan fitnah serta naratif cetek yang memperlekehkan kebijaksanaan rakyat.

Mengulas perkembangan dalaman PN, beliau berkata gesaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi melantik pengerusi baharu PN menimbulkan persoalan besar mengenai hala tuju kepimpinan gabungan itu.

“Sehingga kini, PN masih gagal menampilkan tokoh yang benar-benar berkarisma dan mampu diterima semua kaum untuk memimpin negara. Rakyat juga belum melihat calon yang mampu menandingi kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau menambah, kedudukan Bersatu yang sebelum ini dianggap sebagai tunjang utama PN kini dilihat semakin goyah akibat pertelingkahan dalaman kepimpinan, sekali gus menjejaskan kestabilan gabungan tersebut.

“Selagi Bersatu tidak menyelesaikan krisis dalaman mereka, sebarang usaha untuk mengangkat kepimpinan baharu PN pasti berdepan tentangan dan kekeliruan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norman menegaskan Pas kekal menjadi halangan utama kepada penerimaan PN dalam kalangan rakyat bukan Melayu, berikutan imej parti itu yang dilihat eksklusif serta cenderung kepada retorik perkauman.

“Penolakan parti-parti bukan Melayu, termasuk MCA, terhadap PN jelas menunjukkan kegagalan gabungan ini untuk tampil sebagai sebuah kerajaan yang inklusif,” katanya.

Beliau turut mengkritik PN kerana gagal mengemukakan dasar yang jelas dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pembangunan infrastruktur, sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada perebutan kuasa dan politik dalaman.

“Kesimpulannya, PN hari ini bukan sahaja rapuh, malah tidak memperlihatkan keupayaan mentadbir negara secara berkesan. Rakyat melihat gabungan ini sebagai tidak stabil dan gagal menawarkan kepimpinan yang diyakini,” katanya.

Related Posts

Parti komponen komited bersama kerajaan hingga tamat penggal – Fahmi

PUTRAJAYA – Parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, termasuk Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), menegaskan komitmen untuk terus bersama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KUANTAN – Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad keluar PKR dan mengetuai Parti Bersama Malaysia (Bersama) menunjukkan kedua bekas pemimpin parti itu masih merajuk. Ketua Cabang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

108 kes lebih muatan direkod dalam tempoh empat hari operasi khas

108 kes lebih muatan direkod dalam tempoh empat hari operasi khas

Mahkamah Anak Negeri Tongod lambang komitmen kerajaan perkasa institusi adat

Mahkamah Anak Negeri Tongod lambang komitmen kerajaan perkasa institusi adat

Parti komponen komited bersama kerajaan hingga tamat penggal – Fahmi

Parti komponen komited bersama kerajaan hingga tamat penggal – Fahmi

Program Rakan Lestari 2026 perkukuh kesedaran alam sekitar di Putatan

Program Rakan Lestari 2026 perkukuh kesedaran alam sekitar di Putatan

Audio, video di mahkamah perlihat kemesraan hubungan Zara dengan ibu

Audio, video di mahkamah perlihat kemesraan hubungan Zara dengan ibu

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah

Sindiket proses dadah bentuk cecair untuk vape dikesan di Sabah