Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

KOTA KINABALU – Kempen Kesedaran Vaskular anjuran Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) diharap dapat membantu orang ramai mengesan penyakit vaskular lebih awal bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, kempen berkenaan penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih peka terhadap penyakit berkaitan saluran darah serta kepentingan menjaga kesihatan.

“Program ini adalah untuk membawa kesedaran kepada orang ramai supaya kita lebih alert terhadap penyakit tertentu seperti vaskular.

“Saya berharap kempen yang dibawa oleh Queen Elizabeth Hospital II ini boleh membantu orang ramai mengesan penyakit ini lebih awal dan mengelakkan komplikasi yang lebih serius,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Kempen Kesedaran Vaskular anjuran HQE II di sini, pada Isnin.

Terdahulu, beliau berkata isu kesihatan turut dibincangkan menerusi Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan dibawa ke peringkat Jawatankuasa Teknikal.

“Isu ini juga masuk dalam perbincangan kita di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63.

“Kebanyakan isu yang kita ada itu kita fikir boleh diselesaikan di peringkat Jawatankuasa Teknikal,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Julita berkata, kerajaan negeri turut membangkitkan isu keperluan peralatan perubatan yang agak usang di Sabah dalam perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM).

“Perkara itu dibincangkan menerusi Jawatankuasa Kerja Bersama dengan KKM yang diadakan pada bulan lalu dan dipengerusikan Menteri Kesihatan.

“Keperluan-keperluan kita itu bukan tidak diketahui, tetapi kita sedang dalam proses untuk memastikan supaya keutamaan yang telah kita utarakan itu dapat diambil tindakan,” kongsinya.

Menurut Julita, walaupun kesihatan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri terus memainkan peranan melalui penyelarasan dan kerjasama bagi membawa perkara yang menjadi keutamaan Sabah.

Related Posts

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

KINABATANGAN – Lebih 980,000 pokok telah ditanam di Kawasan Konservasi Sungai (Sg) Pin (SPnCA) sejak 2003 menerusi pelbagai usaha pemulihan dan kerjasama strategik dalam memelihara biodiversiti di kawasan berkenaan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

KOTA KINABALU – Prestasi sistem bekalan elektrik Sabah menunjukkan peningkatan ketara sejak Kerajaan Sabah mengambil alih kuasa kawal selia sektor elektrik dan tenaga boleh baharu. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Kempen vaskular tingkat kesedaran, kesihatan Sabah turut dibawa dalam MA63

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

Prestasi bekalan elektrik Sabah meningkat ketara selepas ambil alih kawal selia

Kemeriahan sukan air dan warisan komuniti sedia warnai Regatta Subis @ Niah 2026

Kemeriahan sukan air dan warisan komuniti sedia warnai Regatta Subis @ Niah 2026

Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

Exco dilucut jawatan, ‘formula’ Tok Mat kembali dipersoal – Pemerhati politik

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi

Kemelut Negeri Sembilan uji kemampuan parti bezakan politik, kerajaan dan institusi