Boleh ambil tindakan undang-undang kes objek jatuh dari angkasa

PUTRAJAYA – Malaysia boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya objek yang jatuh dari angkasa mengancam keselamatan negara, termasuk menyebabkan kecederaan kepada rakyat atau kerosakan harta benda.

Bagi insiden membabitkan dalam negara, Akta Angkasa Malaysia 2018 (Akta 834) boleh digunakan, manakala triti angkasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digunakan jika membabitkan negara asing.

Bagaimanapun, bagi menuntut pampasan membabitkan negara lain yang membabitkan PBB, Malaysia perlu terlebih dahulu menyertai Konvensyen Liabiliti, yang mana negara tidak menyertainya sehingga ini.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), sejak insiden objek jatuh dari angkasa pada 2022, tiada rekod kecederaan fizikal atau harta benda dilaporkan membabitkan penduduk Malaysia.

“Semua objek angkasa yang terjatuh di Malaysia tidak mendatangkan kecederaan atau kemudaratan, sama ada kepada nyawa atau harta benda. Oleh itu tiada sebarang kes perundangan setakat ini.

“Bagaimanapun, kerajaan tetap menganggapnya sebagai satu ancaman keselamatan yang serius,” katanya kepada Berita Harian.

Mengulas bentuk hukuman, pampasan atau ganti rugi daripada pemilik objek angkasa yang jatuh dalam kawasan negara ini jika ia mengancam keselamatan, MOSTI mengakui prosesnya rumit.

Difahamkan, kerajaan boleh membawa aduan kepada Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hal Ehwal Angkasa Lepas jika berlaku kemalangan angkasa dan tuntutan, namun MOSTI memaklumkan Malaysia terlebih dahulu perlu menyertai Konvensyen Liabiliti.

Konvensyen Liabiliti menetapkan negara pelancar bertanggungjawab secara mutlak jika berlakunya kemalangan angkasa seperti serpihan objek angkasa mereka jatuh dan merosakkan harta benda atau nyawa negara lain.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai