Hanya hormat bila ada kepentingan, bila dah selesa Bersatu tikam Pas

KRISIS dalaman antara Pas dan Bersatu kini terbuka tanpa berselindung, apabila Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden, secara membidas sikap Bersatu yang didakwa hanya pandai menuntut “hormat” apabila kepentingan sendiri terancam, tetapi gagal menunjukkan perkara sama kepada rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN).

Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar, berkata Pas diminta menghormati keputusan itu, sedangkan sikap sama tidak ditunjukkan Bersatu ketika mengumumkan calon tunggal Perdana Menteri daripada parti itu, sebelum ini.

Katanya, tindakan sama turut dibuat ketika lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis daripada BERSATU menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar daripada PAS sebelum ini, Mohd Shukri Ramli.

“Masa kamu umumkan pemimpin parti kamu sebagai calon tunggal untuk jadi Perdana Menteri, ada kamu hormat ketetapan parti rakan? Umum pulak di depan batang hidung kawan dalam majlis yang kamu jemput kawan datang jadi tetamu. Waktu itu ada kamu hormat kawan?

“Masa orang parti kamu tandatangan SD di Perlis baru-baru ni, menjatuhkan Menteri Besar dari parti rakan, mengkhianati kawan, ada kamu hormati pendirian dan ketetapan parti rakan?

“Kena kat kawan tak apa, tak perlu hormat. Bila kena kat diri sendiri, baru desak supaya kawan hormat diri kita. Betulkah begitu? Brother, kalau nak minta kawan beri hormat, kenalah hormat juga kawan. Simple (Mudah),” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Kenyataan Afnan hadir ketika Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menggesa satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN diadakan bagi mengesahkan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari lalu, serta melantik pengerusi baharu.

Dalam surat bertarikh 10 Januari 2025 yang dimuat naik ke media sosial, Abdul Hadi menegaskan mesyuarat itu perlu demi kelangsungan gabungan yang kini jelas berdepan krisis kepimpinan dan kepercayaan dalaman.

Namun realitinya, pertikaian terbuka ini mendedahkan hakikat yang sukar disangkal, PN bukan sahaja gagal mengurus peralihan kepimpinan secara matang, malah masih terperangkap dalam perebutan kuasa antara Pas dan Bersatu yang masing-masing berlumba mahu menjadi ‘abang besar’.

Tindakan BERSATU menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke-11 secara sebulat suara dalam Perhimpunan Agung Tahunan parti itu, tanpa konsensus gabungan, terus menjadi simbol kegagalan PN menampilkan diri sebagai pakatan yang benar-benar bersatu.

Ketika PAS menegaskan semua parti komponen PN mempunyai hak sama rata dalam membuat keputusan, episod demi episod konflik ini hanya mengukuhkan persepsi bahawa PN lebih sibuk bergaduh sesama sendiri berbanding menawarkan alternatif kredibel kepada rakyat.

Jika ini wajah “muafakat” yang dijual PN, perpecahan terbuka Pas–Bersatu hari ini mungkin hanyalah permulaan kepada keruntuhan yang lebih besar.

Related Posts

PH tawar agenda pembangunan mampan, lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi di Johor

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) berhasrat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi di Johor menerusi perancangan ekonomi yang lebih tersusun dan strategik demi agenda pembangunan mampan. Naib Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jika menang, pusat khidmat DUN Senggarang akan dibuka – Onn

BATU PAHAT – Sebuah Pusat Khidmat DUN Senggarang akan dibuka oleh calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH tawar agenda pembangunan mampan, lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi di Johor

PH tawar agenda pembangunan mampan, lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi di Johor

Jika menang, pusat khidmat DUN Senggarang akan dibuka – Onn

Jika menang, pusat khidmat DUN Senggarang akan dibuka – Onn

PRN Johor paling pelik dalam sejarah politik negara

PRN Johor paling pelik dalam sejarah politik negara

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap