Mayat bertatu ditemukan di Pantai Lagenda

PEKAN – Mayat dengan kesan tatu di pinggul ditemui terdampar berhampiran persisiran Pantai Lagenda, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mayat berkenaan dijumpai penduduk yang kemudiannya melaporkan penemuan itu pada jam 10 pagi.

Katanya, kawasan penemuan mayat itu agak terpencil dan jarang dikunjungi pengunjung.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai di lokasi terbabit. Mayat itu juga sudah separa reput tetapi terdapat kesan tatu di pinggul dan mungkin menjadi petunjuk identiti si mati,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Zaidi berkata, polis sudah melakukan siasatan awal di sekitar lokasi terbabit namun tiada sebarang unsur jenayah ditemui.

Menurutnya, mayat itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.

“Bagaimanapun pihak hospital memaklumkan proses itu (bedah siasat) tidak dapat dilakukan kerana mayat itu sudah separa reput.

“Hospital Pekan akan merujuk pakar tulang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk mengambil sampel ujian asid deoksiribonukleik,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, berdasarkan keadaan mayat itu polis juga sukar untuk mengenal pasti jantina mangsa.

Selain itu katanya, berdasarkan semakan rekod Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan tidak menerima sebarang laporan orang hilang sejak seminggu lalu.

“Mayat itu kini disimpan sementara di Unit Forensik Hospital Pekan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Related Posts

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

KOTA TINGGI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat tidak akan menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, meskipun keputusan pilihan raya itu berpotensi mengubah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengadakan satu mesyuarat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM