Yang di-Pertuan Agong seru penjawat awam amal integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini menyeru seluruh penjawat awam agar sentiasa mengamalkan integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan rakyat serta negara.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa penjawat awam merupakan tunjang utama pentadbiran negara dan memainkan peranan penting dalam memastikan dasar serta perancangan kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh.

Baginda turut menekankan kepentingan pembudayaan nilai kerja berteraskan kejujuran, ketelusan dan kecekapan dalam perkhidmatan awam. Dalam hal ini, Baginda menzahirkan penolakan tegas terhadap sebarang bentuk salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.

Titah nasihat tersebut dizahirkan ketika Baginda berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, di Istana Bukit Tunku, di sini, hari ini.

Pada pertemuan berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai isu semasa perkhidmatan awam, termasuk usaha memperkasa tatakelola serta pengukuhan sistem tadbir urus negara.

Sementara itu, menerusi satu hantaran berasingan, dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Datuk Ibrahim Darus, yang berlangsung di lokasi sama, hari ini.

Related Posts

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan sorok kes buli demi jaga imej sekolah – Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak pentadbiran sekolah supaya tidak menyembunyikan kes buli semata-mata bagi menjaga imej atau prestasi institusi pendidikan. Beliau berkata, walaupun keadaan dilihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara