Hamzah berisiko digulingkan jika dilantik Pengerusi PN

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berpotensi mencetuskan tentangan dalaman khususnya daripada segelintir pimpinan Bersatu, sekali gus membuka ruang kepada usaha meminggirkan beliau dalam parti itu.

Ahli Bersatu Bahagian Bangi, Mahdzir Ibrahim berpandangan, keadaan tersebut berpunca daripada kempen tersusun di kalangan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada secara terbuka atau senyap yang bertujuan membentuk persepsi bahawa Hamzah tidak mendapat sokongan penuh daripada kepimpinan Bersatu sendiri.

Katanya, kempen berkenaan bukan semata-mata untuk mengembalikan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN sebaliknya lebih kepada usaha ‘melemahkan’ kredibiliti Hamzah agar dilihat terasing daripada parti yang diwakilinya.

“Walaupun kempen ini tidak menjejaskan imej Hamzah di kalangan pimpinan Pas, mesej yang cuba dibina ialah Hamzah tidak didukung oleh Presiden Bersatu dan kemnya.

“Pada masa sama, wujud naratif memuji pengaruh Muhyiddin dalam kalangan seteru politik dan penganalisis tertentu termasuk gambaran bekas Perdana Menteri itu masih memiliki kuasa besar dalam menentukan hala tuju politik negara,”katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pandangan sedemikian sebenarnya menguntungkan pihak lawan Bersatu yang lebih selesa melihat PN dipimpin oleh seorang tokoh yang lemah sekali gus memudahkan strategi politik mereka.

Mengimbau pengalamannya dalam DAP sebelum ini, Mahdzir berkata, imej Muhyiddin di mata kepimpinan parti itu adalah negatif namun mereka akan lebih senang sekiranya Muhyiddin terus memimpin pembangkang kerana ia memudahkan perancangan politik pihak lawan.

Dalam masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan Hamzah disingkirkan daripada Bersatu sebagai jalan terakhir bagi menghalangnya daripada menjadi Pengerusi PN

“Sekiranya itu berlaku, kedudukan Hamzah sebagai Pengerusi PN akan terbatal secara automatik. Persoalannya kini, adakah Muhyiddin mempunyai keberanian politik untuk memecat Hamzah.

“Dari sudut bacaan politik, kemaraan Hamzah sukar disekat kecuali dengan langkah drastik itu,” katanya.

Tambah Mahdzir, jika Hamzah terus menguasai PN, beliau berupaya memperkukuh kerjasama parti-parti pembangkang dan menggerakkan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) satu senario yang dilihat boleh menjejaskan aspirasi Muhyiddin  untuk kembali sebagai Perdana Menteri.
Beliau menjelaskan, sikap neutral Hamzah ketika Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN sebelum ini telah meletakkan beliau dalam kedudukan tidak disenangi sesetengah pimpinan Bersatu yang kekal setia kepada Muhyiddin.

“Kemelut yang berlaku bukan berpunca daripada kekuatan pihak lawan sebaliknya hasil percaturan politik Muhyiddin sendiri yang mengabaikan pelbagai nasihat dan amaran sebelum ini.

“Hakikatnya, Muhyiddin kini berada dalam keadaan tersepit. Setiap pilihan membawa risiko besar, sama ada kehilangan pengaruh dalam Bersatu, kehilangan kawalan PN, atau mempercepatkan kemunculan kepimpinan alternatif.

“Persoalan utama kini bukan lagi sama ada Hamzah boleh disekat, tetapi sejauh mana harga politik yang sanggup dibayar oleh Muhyiddin untuk terus bertahan dalam landskap politik semasa,” katanya.

Related Posts

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2