Ketua Bahagian Bersatu didakwa terima wang, aset bernilai RM1.1 juta

PUTRAJAYA – Seorang Ketua Bahagian Bersatu didakwa menerima wang tunai dan aset mewah bernilai RM1.1 juta berkait projek Jana Wibawa.

Ketua Penerangan Bersatu Bahagian Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata, maklumat itu adalah berdasarkan satu dokumen lejar yang mendedahkan rekod transaksi kewangan berkenaan.

Beliau berkata, maklumat pendedahan tersebut berjaya diperoleh daripada seorang saksi dalam siasatan dan prosiding berkaitan kes Jana Wibawa

“Lejar tersebut menunjukkan pembayaran bagi dua kenderaan mewah termasuk kos insurans dan cukai jalan. Kenderaan itu dibiayai menggunakan dana syarikat, menunjukkan kemungkinan aliran keluar wang melalui individu tertentu yang bertindak sebagai proksi atau perantara dalam transaksi.

“Jumlah keseluruhan yang direkodkan dalam dokumen lejar itu dianggarkan mencecah RM1.1 juta sepanjang tempoh tertentu.

“Dokumen itu dipercayai daripada sebuah syarikat yang terlibat dengan Program Jana Wibawa yang ketika ini sedang dibicarakan di mahkamah berhubung kes satu projek bernilai RM232 juta,” katanya dalam sidang media di Restoran Syed Bistro, pada Selasa.

Susulan itu, Mohamad Shafiq akan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kesahihan dokumen berkenaan dan meneliti sama ada wujud unsur rasuah atau pecah amanah.

Mohamad Shafiq yang juga bekas Ketua Biro Penyelidikan dan Analisis Data Penerangan Bersatu Selangor, antara yang direkodkan dalam lejar itu didakwa melibatkan pemberian wang tunai berjumlah RM774,500, dua unit telefon bimbit, dua buah komputer riba, sebuah kenderaan jenama tempatan dan sebuah lagi kereta mewah yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM1.1 juta.

“Dokumen berkenan mengandungi butiran seperti nombor cek dan nama individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah ketika ini.

“Saya juga ingin memaklumkan bahawa salinan dokumen lejar dan bahan sokongan lain telah diserahkan kepada pihak berkuasa sebagai bukti awal.
“Saksi yang menyerahkan dokumen ini juga turut menawarkan diri bagi membantu siasatan pihak PDRM dan SPRM,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Shafiq berkata, pendedahan itu dibuat bagi menjaga integriti parti dan memastikan perjuangan politik Bersatu bebas daripada sebarang unsur rasuah.

“Berdasarkan pemerhatian keseluruhan, saya mempunyai alasan munasabah mempercayai lejar berkaitan projek Jana Wibawa tetapi kesahihan dan unsur jenayah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa.

“Saya menafikan pendedahan bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak, sebaliknya menekankan siasatan telus dan adil bagi kepentingan rakyat,” katanya.

Related Posts

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan