BAP RM150 mula diagih dalam tempoh dua minggu

KERAJAAN meneruskan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap pelajar, yang dijangka diagihkan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan berkenaan melibatkan pelajar daripada peringkat prasekolah hingga Tingkatan Enam, berbanding sebelum ini yang terhad sehingga Tingkatan Lima sahaja.

Menurutnya, pemberian bantuan tersebut disertakan dengan syarat ibu bapa atau penjaga wajib hadir ke sekolah bagi memastikan wang bantuan digunakan sepenuhnya untuk keperluan anak-anak, selain membolehkan mereka berinteraksi secara langsung dengan guru.

“Kita syaratkan ibu bapa harus pergi ke sekolah, memastikan wang itu dibelanja untuk anak dan pada masa sama mendengar sendiri daripada guru mengenai masalah anak mereka.

“Bantuan ini tidak boleh diwakilkan kepada pihak lain, termasuk anak sendiri, memandangkan peruntukan yang disediakan kerajaan adalah besar iaitu sebanyak RM800 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2026 bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2026, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bantuan awal persekolahan RM150 secara pemberian sekali (one-off) kepada murid sekolah bagi membantu meringankan beban kos penyediaan kelengkapan persekolahan.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil