Mahkamah denda ADUN Kijal RM2,000 kes hasutan

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas satu pertuduhan menyebut perkataan menghasut, mendakwa institusi kehakiman dikawal kerajaan ketika Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, tiga tahun lalu.

Hakim, Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas peguam mewakili Razali, 60, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan bekas Ketua Penerangan Bersatu itu dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman penjara yang setimpal, tegas dan berkesan.

“Hukuman berbentuk denda semata-mata tidak memadai memandangkan ia tidak mencerminkan keseriusan kesalahan dilakukan tertuduh.

“Tertuduh bukan seorang individu biasa kerana beliau adalah seorang ADUN dan pemimpin politik yang dipilih rakyat dan memegang amanah awam.

“Hukuman denda sahaja berpotensi dilihat sebagai satu beban tanpa memberi kesan pencegahan yang sebenar,” katanya, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili ahli politik itu merayu anak guamnya tidak dikenakan hukuman penjara.

Menurutnya, anak guamnya telah menabur jasa dalam politik di negara ini.

“Pemenjaraan maksimum 12 bulan atau denda lebih daripada RM2,000 akan menyebabkan dia hilang kerusi DUN, sekali gus menyebabkan PRK terpaksa dijalankan.

“Ini akan merugikan banyak pihak termasuk perbelanjaan kerajaan,” katanya yang hadir bersama peguam, Mohd Radzlan Jalaludin, Mohd Sahrilnizam Mohd Amin, Hasshahari Johari Mawi, Mohd Tajuddin Abd Razak dan Muhammad Ridhwan Jalaludin.

Semasa perbicaraan kes bermula September lalu, masing-masing empat saksi pendakwaan dan pembelaan termasuk tertuduh hadir memberi keterangan.

Pada 24 November 2023, Exco Kerajaan Terengganu itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menyebut perkataan menghasut iaitu menyentuh keputusan institusi kehakiman serta memfitnah badan kerajaan.

Kesalahan didakwa dilakukan di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu antara jam 9.30 hingga 11.30 malam pada 10 November 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut perenggan 4(1) (b) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan