Video tular: Polis tahan lelaki disyaki khianat kucing hingga mati

KUCHING – Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun di hadapan Eco Mall, Jalan Semariang pada Khamis, susulan penularan sebuah video memaparkan perbuatan khianat terhadap seekor kucing sehingga mati.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dibuat selepas siasatan dijalankan berhubung video berdurasi 41 saat yang tular di media sosial, dipercayai berlaku di sebuah kedai dobi layan diri di Jalan Astana, Kuching.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam kejadian tersebut dan objek digunakan semasa kejadian adalah sebatang kayu.

Semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut diminta menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444, atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Insp. Ang Mei Cin di talian 010-703 9818, atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor