Operasi bersepadu bendung samseng jalanan di Miri

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Samseng Jalanan pada malam tahun baharu 2026 bagi mengekang aktiviti samseng jalanan serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Operasi yang dijalankan pada jam 11.00 malam, 31 Disember 2025 itu diketuai oleh ASP Thien Woon Cheng bersama pegawai kanan polis dan lapan anggota.

Operasi tertumpu kepada beberapa kawasan yang dikenal pasti sering dijadikan lokasi perlumbaan haram, antara Jalan Piasau, Jalan Pulau Melayu, Jalan Miri By Pass dan Jalan Marina.

Terdapat segelintir remaja yang menunggang motosikal secara melulu, memecut dengan kelajuan tinggi serta melakukan aksi berbahaya seperti ‘wheelie’ yang boleh mengancam keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Hasil daripada operasi tersebut, pihak polis telah mengeluarkan sebanyak 40 saman PDRM 257 atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” kata PDRM dalam kenyataan.

Selain itu, sebanyak 25 buah motosikal telah ditahan dan dibawa ke Pejabat BSPT IPD Miri untuk tindakan lanjut, manakala 12 buah motosikal lagi ditahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi tamat pada jam 5.00 pagi, 1 Januari 2026 tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Pihak polis menegaskan operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan terhadap samseng jalanan.

PDRM turut menyeru ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan dan tingkah laku anak-anak remaja, khususnya dalam penggunaan motosikal, serta memastikan mereka memiliki lesen memandu yang sah demi keselamatan bersama.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor