Sabah sasar 4 juta pelancong dengan produk pelancongan bertaraf dunia

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan kehadiran 4 juta pelancong domestik dan antarabangsa tahun ini, berikutan kekuatan aset serta produk pelancongan negeri yang diakui di peringkat antarabangsa.

Sasaran itu diumumkan ketika simbolik pelancaran Tahun Melawat Malaysia (Visit Malaysia 2026) yang berlangsung hari ini, dengan Sabah menjadi antara lima pintu utama negara termasuk Kota Kinabalu sebagai destinasi penerimaan pelancong.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, Sabah sebelum ini menyasarkan 3.5 juta pelawat dan berjaya melepasi sasaran dengan kehadiran lebih 3.6 juta pelancong berdasarkan perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Tahun ini, kita menjangkakan peningkatan seramai 4 juta pelancong dari luar dan dalam negara. Tarikan yang ada di Sabah adalah keindahan alam semula jadi laut yang terbentang luas, hutan belantara dan gunung-ganang.

“Ia menjadi aset utama yang memanggil pelancong untuk datang. Saya yakin sasaran 4 juta pelancong ini mampu dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyempurnakan Acara Sambutan di Pintu-Pintu Masuk Utama Negara dan Hub Pengangkutan Sempena VM 2026, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pada Khamis.

Menurut Jafry, Sabah mempunyai kelebihan tersendiri termasuk beberapa tapak yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) seperti Gunung Kinabalu, Banjaran Crocker serta kawasan Sukau yang baru menerima pengiktirafan Man and Biosphere.

“Di samping itu, kita mempunyai lautan yang bersih di Semporna. Ini akan menjadi faktor penarik kepada pelancong untuk datang ke Sabah,” katanya.

Dalam memastikan keselamatan pelancong, beliau menegaskan kerajaan memandang serius aspek tersebut.

“Saya yakin dengan komitmen kerajaan, kita boleh memperbaiki SOP dan kemudahan bagi memastikan pelancong dapat menikmati keindahan alam dengan selamat,” katanya.

Beliau turut optimis potensi Sukau sebagai destinasi eko-pelancongan bertaraf dunia akan terus berkembang.

“Untuk makluman, Sukau baru menerima anugerah UNESCO Man Biosphere.

“Walaupun agak jauh, saya akan pastikan Sukau terus menjadi tarikan pelancong dari Eropah, Jepun dan lebih ramai lagi pada masa depan,” katanya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri