Sasaran 15 juta pelancong lawat Pahang sempena VM2026 realistik

KUANTAN – Kerajaan Pahang optimis dapat memenuhi sasaran kedatangan 15 juta pelancong tahun ini, bersempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Selain promosi secara berterusan dan konsisten sejak tahun lalu, hampir 50 program dan acara sudah disenaraikan dalam kalendar pelancongan Pahang untuk tahun ini.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, semua pemain industri di Pahang juga sudah bersedia menerima kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Sasaran kita adalah 15 juta pelancong dengan anggaran pendapatan menerusi sektor ini boleh mencecah sehingga RM13 bilion.

“Kerajaan Pahang juga menyediakan peruntukan berjumlah RM34.65 juta bagi tujuan promosi dan kerja naik taraf produk pelancongan.

“Begitu juga dengan pemain industri, pihak hotel, inap desa dan persatuan hotel bajet memaklumkan mereka juga sudah bersedia untuk VM2026,” katanya ketika sidang media di lobi Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Timbalan Pengarah (Bahagian Promosi Antarabangsa) Tourism Malaysia, Harliza Ahmad dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim menyambut ketibaan 120 pelancong yang tiba di lapangan terbang itu.

Ditanya mengenai produk pelancongan di Pahang yang ditawarkan kepada pelancong bersempena VM2026, Yu Man memaklumkan, fokus utama adalah sektor eko pelancongan merangkumi kawasan tanah tinggi, pulau dan taman negara.

“Ini adalah kekuatan yang Pahang miliki kerana kita ada kawasan tanah tinggi seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands, selain Bukit Tinggi dan juga Janda Baik.

“Begitu juga dengan Pulau Tioman, Taman Negara Tahan, Lipis Geopark dan kawasan pantai yang menarik.

“Tahun lalu Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail juga sudah melancarkan produk pelancongan ‘Pahang Rail Tourism’ yang mendapat sambutan amat baik daripada pelancong,” katanya.

Pahang Rail Tourism menawarkan pengalaman menarik kepada pelancong dengan menaiki keretapi dan merentasi pelbagai lokasi menarik di sepanjang Pahang Barat.

Sementara itu, Harliza memaklumkan sebanyak 300 acara dan program di peringkat nasional ditawarkan Tourism Malaysia sepanjang tahun ini.

“Ia membabitkan pelbagai sambutan perayaan utama masyarakat di Malaysia dan juga produk sedia ada yang ditambah baik.

“Pihak Tourism Malaysia akan membuat hebahan dari semasa ke semasa mengenai program dan acara ini bagi memudahkan pelancong merancang percutian mereka,” katanya.

Related Posts

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing