Pengusaha kecil diseru dapatkan maklumat, manfaat geran pelancongan – KePKAS

TAWAU – Pengusaha kecil pelancongan di negeri ini disaran mendapatkan maklumat lanjut daripada Tourism Malaysia dan agensi berkaitan termasuk Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang memanfaatkan kemudahan geran yang disediakan.

Pembantu Menteri KePKAS, Dr Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal berkata, geran sokongan berkenaan bertujuan membantu perniagaan tempatan meningkatkan kualiti produk sekali gus memperluas penawaran kepada pelancong khususnya di Pantai Timur Sabah.

“Tourism Malaysia menawarkan empat geran sokongan iaitu tiga geran sokongan untuk pelancongan dan salah satu itu adalah geran sokongan untuk kraf tangan.

“Jadi ini adalah satu inisiatif yang sangat baik terutamanya kepada pemain industri yang kecil kerana geran ini percuma bukan pinjaman,” katanya kepada media selepas sambutan pelawat antarabangsa sempena Visit Malaysia 2026 di Lapangan Terbang Tawau, pada Khamis.

Menurut Dr Andi, pihaknya juga telah berbincang dan akan terus menjalin kerjasama bersama pemain industri tempatan bagi menarik lebih ramai pelancong ke daerah Tawau, bukan sekadar menjadi laluan ke Semporna.

“Selain itu juga kita sedang mencari pelabur-pelabur untuk membina lebih banyak fasiliti, antaranya hotel bertaraf 4 atau 5 bintang. Hotel di Tawau tidak mencukupi untuk menampung ramai pelancong,” katanya.

Jelasnya, Tourism Malaysia melakukan pelbagai inisiatif untuk memajukan sektor pelancongan termasuk promosi dalam dan luar negara serta kolaborasi dengan rakan strategik seperti Grab Malaysia, Guardian dan Noodles.

“Secara keseluruhan, Malaysia mensasarkan 43 juta pelancong sepanjang Visit Malaysia 2026.

“Kita berharap Sabah akan menerima limpahan dalam 10 peratus daripada jumlah tersebut iaitu iaitu 3.9 atau 4 juta pelancong,” ujarnya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan