13 daripada 29 perkara MA63 selesai bawah Kerajaan MADANI – Mustapha

KOTA KINABALU – Sebanyak 13 daripada 29 perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah diselesaikan dengan sembilan daripadanya dilaksanakan di bawah Kerajaan MADANI, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud.

Katanya, pelaksanaan MA63 menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan hak, kepentingan dan kemajuan Sabah serta Sarawak dipelihara selaras dengan semangat Persekutuan Malaysia.

“Sehingga kini, sebanyak 29 perkara MA63 telah dibincangkan melalui platform rundingan rasmi dengan 13 perkara berjaya diselesaikan.

“Di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, pelaksanaan MA63 diperkukuh melalui penubuhan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Jawatankuasa Teknikal dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2026, pada Khamis.

Antara perkara yang telah diselesaikan termasuk penyerahan kuasa kawal selia elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah, penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah, pentadbiran Badan Kehakiman di Sabah dan Sarawak serta pengiktirafan jabatan teknikal negeri di bawah peruntukan Persekutuan.

Dalam pada itu, baki 16 perkara MA63 masih dirunding secara berterusan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak melalui MTPMA63 dan Jawatankuasa Teknikal dengan Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Jabatan Perdana Menteri (BHESS, JPM) bertindak sebagai sekretariat.

Justeru, bagi meningkatkan ketelusan dan akses maklumat kepada rakyat, BHESS JPM sedang membangunkan dashboard status terkini MA63, termasuk berkaitan tuntutan 40 peratus hak Sabah dengan persetujuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang dijangka boleh diakses melalui Portal Rasmi BHESS, JPM pada penghujung Januari 2026.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan