AirBorneo perluas operasi ke Semenanjung, rantau ini selepas Julai 2026

KUCHING – Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo dijangka akan menggunakan pesawat lebih besar untuk memperluaskan operasinya ke pelbagai destinasi termasuk Semenanjung Malaysia dan rantau berdekatan selepas Julai 2026.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, buat masa ini AirBorneo masih menggunakan pesawat kecil sebagai kesinambungan kepada Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) yang dikendalikan oleh MASWings sebelum ini.

Menurutnya, peralihan operasi ke destinasi lebih jauh memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun sebelum impak yang lebih besar dapat dilihat.

“Kita tidak boleh mengharapkan lonjakan serta-merta pada hari pertama pengambilalihan kerana ia memerlukan masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk kita melihat penerbangan ke destinasi-destinasi besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa sesi latihan raptai Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Tebingan Kuching pada Isnin.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, kehadiran AirBorneo pastinya akan merancakkan perkhidmatan pengangkutan udara di Sarawak walaupun perubahan drastik mungkin tidak kelihatan pada fasa awal pengoperasian.

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak melahirkan keyakinan terhadap kemampuan AirBorneo, apatah lagi Kuching dipilih sebagai salah satu lokasi pelancaran Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 yang dijadualkan pada Khamis ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan AirBorneo bakal dilancarkan secara rasmi pada Jumaat ini.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi