Tahun Melawat Malaysia 2026 tonjol keharmonian, tolak politik budaya dan agama

SIBU – Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan memberi penekanan terhadap keharmonian masyarakat majmuk sebagai mesej utama kepada dunia, sekali gus menolak sebarang usaha mempolitikkan isu budaya, kaum dan agama.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Malaysia perlu tampil sebagai sebuah negara berbilang kaum yang saling menghormati serta hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Kita tidak mahu lagi isu-isu sensitif dibangkitkan sehingga kebudayaan dipolitikkan atau dijadikan isu perkauman dan keagamaan.

“Kita mesti membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia hidup bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Ambang Tahun Baharu Sibujaya 2025 (Sibujaya Countdown 2025) bertemakan ‘Terokai Sibu, Rasai Malaysia’ di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim pada Isnin.

Menurut beliau, acara ambang tahun baharu itu menghimpunkan institusi keluarga dan belia menerusi persembahan kebudayaan, gerai makanan serta aktiviti e-sukan bagi mencerminkan kepelbagaian budaya masyarakat di negara ini.

Dalam pada itu, King Sing turut menyeru rakyat Malaysia supaya berbangga mempromosikan makanan tradisi masing-masing merangkumi hidangan Melayu, Cina, India serta etnik di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan dan Kenyah.

“Melalui makanan dan budaya, pelancong dapat melihat, memahami dan mengenali kekayaan warisan negara kita.

“Saya juga berharap generasi muda dapat membuktikan kehebatan budaya mereka kepada dunia,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai pemilihan Beruang Matahari sebagai maskot VM2026, Ahli Parlimen Bintulu itu menjelaskan, haiwan tersebut simbolik kepada sifat rakyat Malaysia yang mesra, bersatu padu dan mampu hidup harmoni.

“Beruang Matahari melambangkan keramahan dan perpaduan rakyat Malaysia. Ia membawa mesej bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bersatu, harmoni dan peramah,” katanya.

Related Posts

Aminuddin bidas KJ, jangan samakan undi Melayu Johor dengan Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Corak sokongan pengundi Melayu di Johor tidak boleh dibandingkan secara terus dengan Negeri Sembilan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun. Beliau berkata, setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aminuddin utamakan strategi akhir PRN, bukan debat Jalaluddin

PORT DICKSON – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, memilih memberi tumpuan kepada strategi akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding menyahut pelawaan mengadakan debat dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin bidas KJ, jangan samakan undi Melayu Johor dengan Negeri Sembilan

Aminuddin bidas KJ, jangan samakan undi Melayu Johor dengan Negeri Sembilan

Aminuddin utamakan strategi akhir PRN, bukan debat Jalaluddin

Aminuddin utamakan strategi akhir PRN, bukan debat Jalaluddin

Kartun antara saluran terbaik rakyat fahami Malaysia MADANI secara santai – Zunar

Kartun antara saluran terbaik rakyat fahami Malaysia MADANI secara santai – Zunar

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad