Fitnah TikTok ditutup: Fahmi nasihat pengguna Facebook insaf

DATUK Fahmi Fadzil menasihati individu memuat naik keratan berita palsu di media sosial yang mendakwa kononnya TikTok Malaysia akan ditutup kerana merugikan negara supaya insaf.

Menteri Kominikasi itu menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, pemilik akaun Facebook bernama Syafinas Abu Bakar supaya insaf dan tidak berkongsi kenyataan palsu di media sosial.

“Harap Syafinas Abu Bakar insaf. Jangan jadikan fitnah makanan ruji harian,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Buletin TV3 menafikan penerbitan artikel yang bertajuk ‘TikTok Malaysia akan ditutup kerana ia merugikan negara kita – Fahmi Fadzil’.

Dalam hantaran penafian tersebut, Buletin TV3 menafikan tuduhan dibuat dan menegaskan bahawa ia adalah palsu dan Fahmi tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Sebelum ini, Syafinas Abu Bakar berkongsi perkara tersebut di media sosial miliknya dengan kapsyen, “Hari ini kita nampak, bukan terkesan pada pembeli tapi pada penjual dan juga promoter.

“Terpaksa naikkan harga jualan supaya produk masih lagi di paras keuntungan. Ibarat silent killer“.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin
  • August 19, 2026
KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli