KPDN Sarawak perketat kawalan harga sempena Krismas

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak mempergiat pemantauan pematuhan harga barangan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 di seluruh negeri.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Anak Dominic Barin berkata, pihaknya telah mengadakan walkabout di sebuah pasar raya di Batu Kawa bagi meninjau pelaksanaan skim tersebut serta memastikan peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan.

Menurut beliau, SHMMP Krismas 2025 berkuat kuasa selama lima hari iaitu dua hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan dua hari selepas perayaan.

“Sebanyak 14 jenis barangan diwartakan sebagai barangan harga terkawal di bawah SHMMP Krismas 2025 di Sarawak,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Antara barangan terbabit ialah daging kambing biri-biri bertulang import, kepak ayam, ayam tua hidup, kubis bulat import, lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar, bawang kuning besar, ubi kentang import, babi hidup serta daging babi termasuk perut, daging dan lemak.

Beliau berkata, pelaksanaan skim tersebut dikuatkuasakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 di semua peringkat rantaian bekalan termasuk ladang, pemborong dan peruncit.

Sehingga 19 Disember 2025, KPDN Sarawak telah menjalankan pemeriksaan ke atas 125,296 premis perniagaan dan menghasilkan 399 kes di bawah pelbagai akta yang dikuatkuasakan, dengan nilai rampasan berjumlah RM16.44 juta dan kompaun sebanyak RM826,550.

Dalam tempoh yang sama, pelaksanaan OPS KESAN 4.0 sejak 1 Julai lalu turut menyaksikan pemeriksaan ke atas 175 premis melibatkan 651 jenis barangan, dengan 11 kertas siasatan dibuka di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Matthew menegaskan, peniaga yang menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum atau gagal mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu boleh dikenakan tindakan tegas termasuk denda dan kompaun mengikut peruntukan undang-undang.

“KPDN Sarawak akan terus meningkatkan kehadiran pegawai penguat kuasa dan pemantau harga di lokasi tumpuan pengguna bagi memastikan persekitaran perniagaan yang selamat, beretika dan memihak kepada pengguna,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan boleh menyalurkannya melalui WhatsApp 019-848 8000, e-mel e-aduan@kpdn.gov.my, Call Centre 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu