Pemain industri ekonomi gig tuntut kerajaan bantu selesai isu bidding

PUTRAJAYA – Meskipun Kementerian Pengangkutan pernah mengesahkan konsep konsep tawar menawar (bidding) tidak sah namun syarikat e-hailing masih lagi menawarkan sekali gus menunjukkan dasar ‘flip-flop’ (sering beubah) kerajaan dalam isu tersebut.

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) berkata, penawaran perkhidmatan e-hailing menggunakan konsep biddimg yang bercanggah dengan perundangan negara.

Menurutnya, perkara itu telah dibawa semasa sesi libat urus antara Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bersama beberapa persatuan pada 17 November lalu.

“Kewujudan syarikat bidding itu memberi impak negatif kepada pemandu e-hailing berikutan ketiadaan harga lantai yang munasabah biarpun kerajaan berulang kali, terutama ketika berusaha mendapatkan sokongan bagi Akta Pekerja Gig kononnya menjadi wira kepada pekerja gig di seluruh negara.

“Apa yang kami lihat, kerajaan akhirnya akur kepada syarikat e-hailing bidding dan melupakan segala gimik ketika meraih sokongan pemandu e-hailing,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Kenyataan itu turut dikeluarkan bersama enam persatuan berkaitan e-hailing dan p-hailing lain iaitu  Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (Lead), Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM), Pertubuhan Tenaga GiG Melaka (Tenaga GiG), Persatuan Rakan Penghantar Melaka (RPM), Persatuan Penghantar Dan Penghantar e-Hailing Sabah, Persatuan Kebajikan Perkhidmatan Penghantar Bermotosikal Perak serta Persatuan Rakan Penghantar Kedah.

Dalam pada itu, Penghantar memaklumkan, apabila bidding dibenarkan di negara ini, syarikat-syarikat lain terpaksa bersaing menurunkan harga tambang hingga menyebabkan pemandu e-hailing secara keseluruhan menerima kesan.

Menurutnya, persaingan dalam industri sememangnya dijadikan alasan sebagai menguntungkan pengguna, namun kerajaan perlu melihat kesan terhadap pemandu e-hailing.

“Tiada keseimbangan dalam polisi kerajaan bagi memastikan pengguna serta pemandu e-hailing menerima manfaat yang munasabah terutamanya ketika kos sara hidup semakin meningkat dan subsidi bahan api dirasionalisasikan.

“Kami berulang kali menekankan tentang harga lantai, namun masih tidak diendahkan oleh kerajaan. Tetapi, kami tetap menyokong segala bentuk perhimpunan yang diadakan oleh mana-mana wakil kerajaan.

“Segala ayat seperti ‘pekerja gig tunjang ekonomi’ diharap bukanlah sekadar ayat manis dalam ucapan, tetapi direalisasikan dalam polisi sedia ada industri,” katanya.

Related Posts

Ekonomi Malaysia tunjuk prestasi kukuh, berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026

CYBERJAYA – Ekonomi Malaysia terus menunjukkan prestasi kukuh apabila mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2026, lebih tinggi berbanding 5.4 peratus yang direkodkan pada suku pertama tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa pendekatan politik Pas lebih menyerupai prinsip Machiavellian, bukannya berteraskan Islam. Prinsip Machiavellian merujuk kepada pendekatan politik yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi Malaysia tunjuk prestasi kukuh, berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026

Ekonomi Malaysia tunjuk prestasi kukuh, berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026

Genap setahun pemergian Zara, prosiding inkues penuh emosi

Genap setahun pemergian Zara, prosiding inkues penuh emosi

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine