Titah Adendum: Semua pihak perlu hormati undang-undang, Perlembagaan

SEMUA pihak diingatkan supaya menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara susulan keputusan mahkamah berkaitan isuTitah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Penerangan PKR Cabang Bera, Norman Daud berkata, meskipun beliau memahami kekecewaan dan kesedihan segelintir pihak terhadap keputusan berkenaan, hakikatnya ia dibuat berdasarkan fakta serta peruntukan undang-undang oleh mahkamah, bukan atas kehendak atau tekanan politik.

“Saya sebenarnya memilih untuk tidak mengulas isu ini demi menjaga perasaan rakan-rakan daripada UMNO, namun desakan terbuka oleh beberapa pemimpin parti itu menimbulkan persoalan sama ada prinsip demokrasi dan pemisahan kuasa benar-benar difahami serta dihormati,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam sistem demokrasi berparlimen yang matang, kerajaan dan parti politik tidak seharusnya mencampuri urusan kehakiman kerana tindakan sedemikian boleh ditafsirkan sebagai cubaan menekan institusi mahkamah.

“Desakan seperti ini menghantar mesej yang salah, seolah-olah ada pihak mahu mahkamah tunduk kepada kehendak politik, bukan berdiri teguh atas fakta dan undang-undang,” katanya.

Norman menegaskan bahawa prinsip pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman merupakan asas penting bagi menjamin keadilan serta keluhuran Perlembagaan.

Beliau berkata, mahkamah bukan alat politik untuk ditekan, diarah atau dipengaruhi, sebaliknya berfungsi sebagai benteng terakhir bagi memastikan undang-undang ditegakkan tanpa pilih kasih.

“Sekiranya campur tangan politik berlaku dalam sistem kehakiman, akibatnya amat serius. Rakyat akan hilang kepercayaan terhadap mahkamah, demokrasi akan terhakis dan kestabilan sosial negara boleh terjejas,” katanya.

Katanya, mahkamah yang tidak bebas tidak lagi mampu menjadi pengimbang kuasa terhadap kerajaan, sekali gus membuka ruang kepada penyalahgunaan undang-undang untuk kepentingan politik tertentu.

Norman turut mengingatkan bahawa budaya mencampuri urusan kehakiman perlu dihentikan demi memastikan integriti institusi negara terus terpelihara.

“Keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang mesti dipertahankan demi masa depan Malaysia yang lebih baik. Saya faham kekecewaan yang dirasai, namun undang-undang dan Perlembagaan wajar dihormati oleh semua,” katanya.

Terdahulu, Najib kekal menjalani baki hukuman penjara di Penjara Kajang susulan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan beliau berkaitan Titah Adendum.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, yang menolak semakan Najib berhubung dakwaan kewujudan titah berkenaan yang dikatakan membolehkan beliau menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah.

Dalam penghakimannya, mahkamah memutuskan bahawa meskipun titah tersebut didakwa wujud, ia tidak dikeluarkan melalui proses perlembagaan yang sah, sekali gus tidak boleh dikuatkuasakan melalui perintah mandamus.

Related Posts

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: RM280.03 juta dicadang untuk tanam semula sawit – Anwar

PUTRAJAYA –  Peruntukan sebanyak RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 antara cadangan utama yang sedang diteliti kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027 bagi memperkukuh sektor agrikomoditi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16