Program Berkhatan Sarawak 2025 rapatkan komuniti, tingkatkan kesedaran kesihatan di Lawas

LAWAS – Program Sarawak Annual Mass Circumcision 2025 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dilaksanakan serentak di seluruh negeri pada Sabtu dengan kerjasama hospital serta klinik kesihatan termasuk Hospital Lawas.

Pengarah Hospital Lawas, Dr Douglas berkata, objektif utama penganjuran program tersebut adalah untuk merapatkan hubungan antara petugas kesihatan dengan komuniti setempat, selain menyokong usaha mencapai pengiktirafan Malaysia Book of Records dengan sasaran penyertaan seramai 1,700 peserta ke atas di seluruh Sarawak.

“Di Lawas, seramai 60 peserta telah mengambil bahagian dalam program berkhatan ini,” katanya.

Program yang berlangsung pada 26 Disember 2025 itu bermula pada jam 8 pagi dan dijadualkan berakhir pada jam 6 petang. 

Sehingga jam 3 petang, Hospital Lawas berjaya melaksanakan prosedur berkhatan ke atas lebih 50 peserta, dengan keseluruhan program dijangka selesai melibatkan seramai 60 peserta.

Sementara itu, Penyelaras Program, Dr Ahmad Syahir Sarji berkata, pelaksanaan kempen ‘Safe Surgery’ sentiasa ditekankan bagi memastikan setiap prosedur dijalankan mengikut piawaian serta garis panduan yang ditetapkan.

“Langkah ini penting bagi menjamin keselamatan peserta, khususnya kanak-kanak yang terlibat dalam program berkhatan,” jelasnya.

Beliau menambah, selain memastikan keselamatan prosedur, penganjuran program ini turut mencerminkan komitmen Hospital Lawas dalam memperkukuh kerjasama dengan komuniti setempat serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

Pihak penganjur berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang demi manfaat masyarakat setempat.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya