Keharmonian sosial, toleransi beragama beri impak pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Keharmonian sosial dan toleransi beragama yang tinggi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah bukan sahaja menjadi kekuatan perpaduan, malah memberi impak positif kepada sektor pelancongan negeri.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai berkata, suasana aman yang wujud di Sabah menjadikan negeri ini unik dan menarik perhatian pelawat luar untuk melihat sendiri bagaimana masyarakat majmuk mampu hidup harmoni.

“Apabila pihak luar beri perhatian dengan kita, orang akan tertanya kenapa Sabah ini banyak bangsa, banyak agama tapi aman.

“Mungkin pelawat dari luar akan datang untuk melihat bagaimana kita berjaya menghubung semangat toleransi agama yang begitu tinggi,” katanya berucap pada Karnival Krismas Inanam 2025 di Pekan Inanam, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Joniston berkata, keharmonian sosial yang digabungkan dengan kepelbagaian budaya unik Sabah menjadikan sambutan itu bukan sekadar perayaan, malah platform menonjolkan identiti dan nilai masyarakat negeri ini kepada pelawat.

“Tema ‘Saved by Grace’ bagi saya mengingatkan kita bahawa kasih, kurnia dan insan adalah nilai yang dikongsi bersama oleh semua serta membentuk hubungan sesama manusia, di mana nilai ini dizahirkan melalui toleransi beragama yang tinggi.

“Inilah yang menjadi kekuatan kita di Sabah sebenarnya. Walaupun terdapat berbagai kaum dan berbagai anutan agama, tapi kita tidak ada masalah untuk hidup harmoni.

“’We are at peace with each other’ dan toleransi ini harus kita kukuhkan,” katanya turut mengulas kejadian ekstremisme yang berlaku baru-baru ini di Australia sehingga mengorbankan 15 nyawa.

Jelasnya, peristiwa tersebut wajar dijadikan pengajaran untuk terus menghargai nilai hormat-menghormati dan toleransi antara kaum serta agama selain menjadikan Sabah sebagai model serta contoh kepada negeri-negeri atau negara lain.

Menyentuh sokongan kerajaan negeri, beliau memaklumkan kerajaan Sabah memperuntukkan RM70 juta kepada badan-badan bukan Islam tahun ini dan jumlah tersebut akan dinaikkan kepada RM90 juta tahun hadapan.

“Ini adalah satu testimoni pengiktirafan kerajaan negeri terhadap keperluan toleransi kaum dan agama serta kebebasan beragama,” katanya.


Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau

Peneroka FELDA rugi lebih RM6,000 lembu dibaham harimau