MTSP barisan hadapan salur bantuan pasca bencana

KUANTAN – Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) sentiasa dalam keadaan bersedia menyalurkan bantuan setiap kali berlaku bencana di negeri ini.

Pengerusi MTSP Indera Mahkota, Nik Mohd Ridzuan Kamarudin berkata, peranan badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak hanya membantu ketika penduduk berdepan musibah banjir, namun merangkumi pelbagai lagi aspek, terutama membabitkan kepentingan komuniti.

“Kita bukan NGO bermusim, bukan hanya muncul ketika banjir atau bencana lain sahaja.

“MTSP melaksanakan pelbagai lagi aktiviti komuniti dan ia adalah menjadi objektif utama kami, untuk mendengar dan mencari penyelesaian kepada masalah dihadapi penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program gotong-royong anjuran MTSP Indera Mahkota di PR1MA Pahang Sungai Karang, dekat sini, hari ini.

Seramai kira-kira 200 sukarelawan daripada MTSP Indera dan Kuala Krau menyertai gotong-royong yang bermula jam 8 pagi itu.

Turut sama membersihkan kediaman penduduk di taman perumahan terbabit adalah Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka, Datuk Seri Ismail Mohd Said dan Penyelaras DUN Beserah, Datuk Mustafar Kamal Abdul Hamid.

Dalam pada itu, Mustafar Kamal memberitahu, beliau sangat terharu dengan kesudian sukarelawan MTSP dari Kuala Krau yang sudi menyertai program berkenaan.

“Terima kasih kepada Datuk Seri Ismail kerana berjaya menyelaraskan kehadiran anak buah dari Kuala Krau bagi membantu kami.

“Ini menunjukkan kerjasama rapat antara wakil daripada kedua-dua kawasan dan kita amat berharap ia (kerjasama) dapat diteruskan semasa pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ismail memaklumkan, seramai 103 sukarelawan dari Kuala Krau menyertai gotong-royong berkenaan.

“Kita bawa mereka dengan bas dan ada juga sanggup memandu sendiri ke sini bagi menunjukkan kesatuan kita dalam menghadapi keadaan mencabar seperti ini.

“Semangat ditunjukkan anak-anak muda dari Indera Mahkota dan Kuala Krau sangat saya hargai… pujian perlu diberikan kepada mereka kerana sentiasa bersedia apabila dimaklumkan ada program gotong-royong membantu penduduk terjejas banjir,” katanya.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya