Kurikulum baharu prasekolah tekankan amalan membaca bersama ibu bapa

KURIKULUM prasekolah baharu yang bermula tahun depan akan memberi penekanan kepada amalan membaca bersama ibu bapa dalam usaha meningkatkan literasi awal kanak-kanak.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha itu juga adalah untuk meningkatkan pembabitan keluarga dalam pendidikan di peringkat prasekolah.

“Inisiatif kurikulum baharu untuk prasekolah misalnya, kita mendapat sokongan penuh daripada Puan Adibah Omar (Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku) dan rakan-rakan yang menyokong penuh satu ruang membaca akan kita wujudkan di sekolah.

“Ia khusus untuk memastikan pembabitan ibu bapa di peringkat prasekolah, menjayakan kurikulum baharu itu khususnya untuk baca bersama dan dalam kurikulum baharu ini, kita ada satu ruang dan satu pembabitan khusus ibu bapa untuk membaca bersama,” katanya ketika berucap pada Malam Kota Buku 2025 di Cyberjaya, malam tadi.

Malam Kota Buku 2025 adalah sebuah majlis penghargaan yang menghimpunkan kira-kira 1,000 pemain industri perbukuan dari seluruh negara, dalam usaha memperkukuhkan ekosistem buku negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Pada majlis itu, Berita Harian menerima Anugerah Penghargaan Media yang disampaikan oleh Pengerusi Perbadanan Kota Buku, Tan Sri Dr Nik Norzul Thani. Berita Harian diwakili Pengarang Kumpulannya, Zulkifli Jalil.

Yang turut hadir Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan, Berita & Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad merangkap Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim dan Ketua Pegawai Operasi The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Luqman Adrine Jaafar.

Fadhlina berkata, dasar literasi dan budaya membaca perlu diberi penekanan di semua peringkat dalam melahirkan generasi memiliki pemikiran yang kritis serta pemahaman mendalam.

Jelasnya, selain itu teknologi digital juga perlu dimanfaatkan secara beretika dan inklusif terutama bersama Perbadanan Kota Buku dan rakan industri untuk memperluaskan akses bahan bacaan yang berkualiti.

“Saya fikir tradisi memegang buku ini masih lagi satu tradisi yang penting dan saya sentiasa diingatkan oleh anak saya yang paling kecil, setiap malam penat macam mana pun, kalau saya balik awal mesti membaca dengan dia sebelum tidur.

“Jadi buku ini saya ingat ada amalan dan tradisinya, ada barakahnya dan sebab itu kita harus terus mendukung dan program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) seperti contoh adalah program yang kita akan angkat pada tahun hadapan,” katanya.

Related Posts

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R), selain tindakan penguatkuasaan terhadap media serta kerangka perundangan negara, dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bercadang menghubungi rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong, bagi meminta kelonggaran khas kepada rakyat Malaysia yang bekerja di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental