Fitnah, fakta sukar dibeza apabila pemimpin, tokoh agama berpengaruh gagal buat teguran

FITNAH terus berleluasa dalam masyarakat apabila pemimpin dan tokoh agama berpengaruh sendiri gagal memainkan peranan sewajarnya untuk menegur perbuatan salah dalam kalangan pengikut mereka.

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Timur, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, keadaan itu diburukkan lagi apabila fitnah disampaikan oleh individu yang mempunyai pengaruh besar seperti pemimpin parti dan agamawan, sehingga ia diterima sebagai suatu kebenaran oleh masyarakat.

“Masalah utama ialah kegagalan membezakan antara menggunakan agama dengan mempergunakan agama. Sebagai orang Islam, kita memang menggunakan agama dalam semua aspek kehidupan termasuk politik, ekonomi dan sosial. Tetapi apabila agama dipergunakan demi kepentingan tertentu, di situlah ia sudah menyimpang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan Podcast Minda Tok Abah pada Jumaat.

Menurut Mohd Khir, antara contoh yang sering dimainkan ialah isu derma dan sumbangan yang ditafsir secara berbeza mengikut kepentingan politik.

“Kalau sumbangan itu datang daripada pihak sendiri, ia dipanggil derma atau sedekah. Tetapi jika diberikan kepada pihak lawan, ia dilabel sebagai rasuah. Naratif sebegini dimasukkan ke dalam pemikiran pengikut sehingga mereka keliru antara fakta dan fitnah,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa banyak kes fitnah melibatkan individu yang mendakwa memperjuangkan Islam, namun akhirnya terbukti bersalah di mahkamah.

Dalam pada itu, Mohd Khir mempersoalkan sikap kepimpinan tertinggi Pas yang didakwa gagal menegur ahli dan penyokong yang menyebarkan fitnah secara terbuka.

“Kenapa tidak ada teguran yang jelas? Kes bukan sedikit, tetapi banyak. Apabila ketua sendiri membiarkan, maka fitnah itu merebak dan dianggap normal,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan kepimpinan agama untuk melakukan muhasabah diri dan menegur kesalahan secara tegas menjadi punca utama fitnah terus ‘melata’ dalam masyarakat.

Related Posts

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan penggunaan sebuah kenderaan BMW oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah bersifat sementara dan bukan melibatkan pembelian atau penyediaan kenderaan rasmi baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi