Jangan biarkan peniaga terkeliru, permudahkan prosedur urusan kerajaan

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan untuk semua proses dan prosedur di semua peringkat kerajaan dipermudah dan diselaraskan secara pragmatik.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim berkata,
ini bagi membolehkan peniaga di Malaysia dapat beroperasi dengan jelas tanpa kekeliruan atau tafsiran peraturan yang pelbagai.

“Kini tiba masanya kita memastikan perniagaan Malaysia dapat terus maju tanpa mengira kaum, agama, negeri, dan wilayah.

“Ini termasuk dalam sektor makanan dan hotel yang melibatkan banyak PMKS Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, pada Sabtu.

Steven berkata demikian susulan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berhubung kebenaran kepada pengusaha hotel dan premis halal untuk mempamer perhiasan Krismas.

Dalam pada itu, Steven yang menyambut baik kenyataan yang dibuat Zulkifli berkata, penjelasan tersebut wajar dihormati dan dijadikan panduan bersama agar pelaksanaan di lapangan konsisten serta tidak mengelirukan.

“Penyelarasan itu selari dengan Strategi ABCD yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Di mana ia bermaksud Anjakan produktiviti, Birokrasi dipermudahkan, Capaian modal, Daya akses pasaran,” katanya.

Terdahulu, Zulkifli memaklumkan, tiada larangan oleh kerajaan terhadap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menggunakan imej, ilustrasi atau dekorasi berkaitan perayaan agama selain Islam.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, ia perlu tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk tidak menjejaskan prinsip halalan thoyyiban.

Beliau berkata, dekorasi, imej, hiasan dan ilustrasi yang berhubungan dengan perayaan selain daripada agama Islam pada produk makanan yang bersifat tidak kekal, turut dibenarkan.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu