BN letakkan anak Allahyarham Bung calon Parlimen Kinabatangan

SABAK BERNAM – Anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sudah pun memanggil Naim Kurniawan dan mengarahkannya untuk memulakan kempen di kawasannya.

“Manakala calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, saya sudah pun meminta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin untuk mengumumkannya.

“Saya serahkan kepada beliau untuk selepas pengumuman itu memulakan kerja-kerja (kempen) PRK seperti mana diketahui penamaan calon pada 10 Januari dan hari mengundi pula pada 24 Januari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Majlis Pengumuman Pakej Lengkap Desa Kirana di Dataran Pantai Batu 23, Sungai Nibong, pada Sabtu.

Jelasnya, pencalonan Naim Kurniawan bukan sekadar mempertahankan kerusi BN, malah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) juga mengumumkan untuk tidak meletakkan calonnya.

Kata Ahmad Zahid lagi, meskipun begitu, beliau enggan mengambil mudah terhadap PRK tersebut dengan menjangkakan kemungkinan penyertaan calon-calon bebas nanti.

“Saya menghubungi Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor) mengenai perkara itu dan begitu juga parti-parti lain mungkin tidak meletakkan calonnya kerana baru sahaja menghadapi pilihan raya negeri (PRN). Jalan yang terbaik adalah untuk berunding.

“Lagi pun Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) mungkin kurang daripada dua tahun. Jadi saya fikir elok tenaga itu disimpan,” ujarnya.

Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diisytihar kosong luar jangka selepas penyandangnya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah sebelum ini, Bung Moktar meninggal dunia kira-kira seminggu selepas PRN17 Sabah.

Related Posts

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan penggunaan sebuah kenderaan BMW oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah bersifat sementara dan bukan melibatkan pembelian atau penyediaan kenderaan rasmi baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental