Potongan tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Disember

KERAJAAN akan memberikan potongan tol sebanyak 50 peratus daripada kadar biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember ini, kepada pengguna kenderaan persendirian bersempena sambutan Hari Krismas.

Potongan tol itu melibatkan kenderaan Kelas 1, termasuk Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang, dan dilaksanakan di semua plaza tol kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar, Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) serta Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan menanggung implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM20.65 juta bagi membayar pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

“Pemberian diskaun tol ini diharap dapat meringankan sebahagian daripada beban kos perjalanan rakyat yang merancang pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama-sama keluarga, selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI membantu rakyat semua peringkat merentas kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemilihan tarikh pemberian potongan tol itu juga bertujuan menyuraikan aliran trafik sempena musim perayaan dan cuti sekolah, selain mengoptimumkan operasi lebuh raya termasuk di kawasan hentian serta Rehat dan Rawat (R&R).

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan dengan menggunakan aplikasi TuJu Highway Navigation App LLM dan MyPLUS-TTA, di samping mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan (TTA), had laju, papan tanda serta peraturan di lebuh raya bagi memastikan keselamatan perjalanan.

Orang ramai turut disaran menyemak status trafik atau sebarang insiden melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook, X @LLMtrafik dan TikTok @llmtrafik, atau menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu