Sarawak amal pendekatan inklusif, iktiraf kelayakan tertentu dalam pendidikan tinggi termasuk UEC

KUCHING –Sarawak melaksanakan pendekatan inklusif dalam dasar pendidikan tinggi, termasuk pengiktirafan kelayakan tertentu seperti Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, bagi memastikan lebih ramai anak Sarawak berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan pembaziran bakat dalam kalangan pelajar Sarawak yang berpotensi, selain memastikan sistem pendidikan negeri lebih menyeluruh dan adil.

Menurut beliau, kerajaan negeri memberi penekanan kepada kelayakan yang diiktiraf, selagi memenuhi keperluan asas termasuk penguasaan Bahasa Melayu seperti yang ditetapkan oleh institusi berkaitan.

“Matlamat kita ialah membangunkan modal insan Sarawak yang berilmu dan berkemahiran tinggi. Selagi pelajar itu layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan, mereka harus diberi peluang untuk menyambung pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) di Dewan Konvensyen, Raia Hotel & Convention Centre Kuching, pada Khamis. 

Abang Johari menjelaskan bahawa pendekatan tersebut selari dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, yang menekankan pembentukan masyarakat inklusif serta pembangunan modal insan berasaskan pengetahuan.

Katanya, dasar itu tidak bertujuan menimbulkan perbezaan atau polemik, sebaliknya memastikan peluang pendidikan tinggi dapat dimanfaatkan secara meluas demi kepentingan masa depan Sarawak.

“Kerajaan negeri akan terus melaksanakan dasar pendidikan secara berperingkat dan bertanggungjawab, dengan mengambil kira keperluan pembangunan negeri serta kemampuan kewangan semasa,” katanya.

Related Posts

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan perundingan politik menerusi media sosial perlu dihentikan buat sementara waktu dan digantikan dengan rundingan secara bersemuka di meja perundingan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

BN Melaka mahu rundingan politik dihentikan di media sosial

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

JPM Hal Ehwal Agama junjung titah Agong mengenai RCI Tabung Haji

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir