31 murid SAR KAFA FELDA Jengka 24 dirai dalam majlis graduasi

KUANTAN – Seramai 31 murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) FELDA Jengka 24, dekat Jerantut, diraikan dalam majlis graduasi yang berlangsung hari ini.

Majlis itu dirasmikan Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud.

Hadir sama Pengurus FELDA Jengka 24, Saiful Mohd Pauzi dan Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita FELDA Jengka 24, Rogayah Said.

Razak dalam ucapannya menyatakan rasa bangga dengan pencapaian diperoleh murid-murid yang mengikuti kelas KAFA di SAR berkenaan.

“Ini adalah modal insan dan bakal pemimpin kita pada masa depan.

“Dengan bekalan ilmu sepanjang mereka di SAR KAFA FELDA Jengka 24, diharap dapat memberi manfaat kepada pembentukan diri mereka,” katanya.

Selain penyampaian sijil, majlis turut diserikan dengan persembahan oleh murid-murid SAR itu.

Related Posts

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

ALOR SETAR – Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Kedah menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mempercepatkan proses penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga bagi mengurangkan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

ALOR SETAR – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 10 Mei lalu memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh seorang lelaki warga Indonesia, Muhamad Yudha Al Fikri, adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun