Sambutan Krismas perkukuh perpaduan, bukti kematangan rakyat Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Sambutan Krismas Sabah 2025 menjadi platform kukuh dalam menyatukan rakyat berbilang agama dan kaum di negeri ini, sekali gus mencerminkan kematangan sosial serta keharmonian yang menjadi asas kekuatan Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kepelbagaian agama, budaya dan latar belakang rakyat Sabah bukanlah pemisah, sebaliknya menjadi elemen yang mengukuhkan perpaduan dan kebersamaan sebagai satu keluarga besar.

Menurutnya, tema sambutan tahun ini, ‘Pengharapan Damai dalam Kasih’ amat bertepatan dengan aspirasi negeri kerana mengangkat nilai sejagat seperti kasih sayang, kedamaian, harapan serta tanggungjawab bersama dalam membina kehidupan yang aman dan bermakna.

“Harapan lahir daripada kasih sayang, manakala kedamaian sejati dizahirkan melalui rasa saling menghormati serta perbuatan ihsan dalam kehidupan seharian,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada Majlis Perasmian Sambutan Perayaan Krismas Peringkat Negeri Sabah 2025 di Padang Merdeka, di sini, pada Selasa.

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama Toh Puan Datuk Faridah Tusin.

Jelas Hajiji, selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), sambutan Krismas peringkat negeri itu bukan sahaja meraikan kepercayaan agama, malah menjadi wadah memperkukuh perpaduan sosial dan kesejahteraan rakyat.

“Pembangunan negeri tidak seharusnya diukur semata-mata melalui kemajuan fizikal dan ekonomi, sebaliknya turut merangkumi keharmonian hubungan sesama insan, kekuatan institusi kekeluargaan serta keprihatinan sosial.

“Sambutan ini mengingatkan kita bahawa keluarga adalah asas pembentukan kasih sayang dan harapan, manakala dalam komuniti, semangat muafakat serta kerjasama menjadi kunci kepada kehidupan bermasyarakat yang harmoni,” ujarnya.

Beliau percaya penganjuran sambutan seumpama itu mampu menjadi jambatan yang menghubungkan rakyat Sabah yang berbilang bangsa dan agama, sekali gus menampilkan wajah sebenar negeri ini yang kaya dengan kepelbagaian namun kekal bersatu.

Pada masa sama, Hajiji berharap nilai murni yang diterapkan sepanjang sambutan tersebut akan terus menjadi inspirasi kepada rakyat untuk mengekalkan keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan negeri.

“Bagi pihak kepimpinan negeri, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada seluruh rakyat Sabah yang meraikannya,” katanya.

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi