JPN sangkal dakwaan isu dua kewarganegaraan

PUTRAJAYA – Tiada perubahan dasar atau tindakan automatik terhadap pemegang MyKad susulan kenyataan mengenai pertimbangan penyerahan semula dokumen pengenalan diri oleh individu memiliki dua kewarganegaraan.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan, kenyataan Ketua Pengarahnya, Datuk Badrul Hisham Alias sebelum ini adalah merujuk kepada pendekatan semasa dalam menangani isu pemilikan dua kerakyatan yang sudah lama diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, istilah ‘mempertimbang syor’ tidak bermaksud wujud perubahan dasar atau pelaksanaan automatik terhadap mana-mana individu, sebaliknya merujuk kepada opsyen terhadap pelucutan kewarganegaraan yang boleh dipertimbangkan bagi memastikan pengurusan kewarganegaraan dilaksanakan secara berhemah, adil serta berlandaskan undang-undang.

“Kenyataan beliau (Badrul Hisham) yang asalnya diterbitkan sebagai artikel berita merujuk kepada pendekatan sedia ada dalam menangani isu pemilikan dua kewarganegaraan, yang telah lama diperuntukkan bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai negara berdaulat, Malaysia tidak mengiktiraf pemilikan lebih satu kewarganegaraan. Justeru, individu (warga Malaysia) yang memiliki kerakyatan asing boleh membuat pelepasan kewarganegaraan secara sukarela berbanding diambil tindakan pelucutan kewarganegaraan mengikut Perkara 24, 25 atau 26 Perlembagaan Persekutuan.

“JPN tegaskan tiada tindakan sewenang-wenangnya diambil dan setiap kes akan dinilai secara terperinci berdasarkan fakta, peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Penjelasan itu dikeluarkan susulan penularan satu potongan klip berita di media sosial didakwa merujuk kenyataan Badrul Hisham, namun ditafsirkan di luar konteks sebenar.

Sementara itu, JPN berperanan sebagai agensi pelaksana yang menjalankan semakan dan penelitian termasuk pengesahan dokumen dan penyediaan syor berdasarkan fakta kes, selaras peruntukan undang-undang sedia ada.

“Bagaimanapun, sebarang keputusan muktamad berkaitan pelucutan status kewarganegaraan tertakluk kepada kuasa kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri, seperti diperuntukkan Perlembagaan dan undang-undang berkaitan.

“JPN menyeru semua pihak termasuk portal berita dan pihak ketiga agar melaporkan serta berkongsi maklumat secara tepat dan bertanggungjawab, selaras dengan konteks sebenar kenyataan rasmi bagi mengelak kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Related Posts

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu