8 jalan ditutup akibat banjir di Kuantan

KUANTAN – Lapan laluan di daerah ini ditutup ekoran banjir, sehingga petang ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, antara laluan itu adalah Jalan Kuantan-Pekan, berhampiran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah yang ditutup kedua-dua arah kepada semua kenderaan.

Menurutnya, jalan lain yang terjejas ialah KM30 Jalan Kuantan-Maran, hadapan Kilang Sawmill Seng Peng yang hanya boleh dilalui kenderaan berat dan KM36 Jalan Kuantan-Maran, hadapan Bukit Gambang Resort yang turut ditutup kepada semua kenderaan.

“Jalan Air Hitam ditutup kepada semua kenderaan ekoran satu lokasi di laluan itu ditenggelami air kira-kira 0.5 meter.

“Jalan Kampung Pasir Kemudi yang dilimpahi air sepanjang 1.8 km dengan paras air kira-kira 1.2 meter juga ditutup kepada semua kenderaan,” katanya melalui satu kenyataan.

Ashari berkata, turut terjejas ialah Jalan Kampung Bukit Bangkong (perkampungan Orang Asli) yang dilimpahi air sejauh 1.5 km dengan anggaran paras air 0.90 meter, kini ditutup kepada semua kenderaan.

Katanya, Jalan Kuantan–Pekan pula tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan begitu juga KM16 Jalan Sg Lembing–Kuantan (berhampiran Kilang Papan Bukit Kuin) yang dilimpahi air berarus sepanjang 100 meter dengan anggaran paras air 0.5 meter.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menggunakan jalan-jalan yang dinaiki air dan ditutup kepada lalu lintas, khususnya di kawasan rendah serta berhampiran sungai dan parit besar.

“Penutupan jalan dibuat bagi mengelakkan risiko kemalangan, kerosakan kenderaan serta ancaman keselamatan nyawa,” katanya.

Beliau memaklumkan, pihak polis akan terus melaksanakan kawalan lalu lintas, rondaan keselamatan serta bantuan pemindahan di kawasan terjejas.

Sementara itu, katanya, setakat jam 12 tengah hari, 15 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini bagi menempatkan 1,817 mangsa banjir yang terjejas.

Beliau berkata, pihak polis bersama agensi keselamatan dan penyelamat sentiasa bekerjasama dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan ketenteraman awam dipelihara.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan berpindah segera ke PPS apabila diarahkan serta tidak meredah banjir atau cuba melalui jalan dinaiki air.

“Elakkan aktiviti berhampiran arus deras, longkang, parit dan sungai selain sentiasa memantau makluman rasmi daripada pihak berkuasa,” katanya.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0