Bomba bantu pindah jenazah lepasi kawasan banjir

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menghulurkan bantuan kemanusiaan dengan memindahkan jenazah selepas kenderaan yang membawanya terkandas akibat banjir di Jalan Kuantan–Pekan berhampiran Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kenderaan terbabit membawa jenazah seorang wanita warga emas berusia 76 tahun dalam perjalanan ke Kuala Pahang, Pekan.

Menurutnya, wanita itu difahamkan meninggal dunia di Indera Mahkota akibat kanser sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya untuk dikebumikan.

“Disebabkan van jenazah tidak dapat melintasi kawasan banjir, orang awam memohon bantuan JBPM bagi membantu urusan penghantaran jenazah tersebut.

“Bertindak pantas atas permohonan itu, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Peramu diketuai Hazizi Shahi menggerakkan sebuah lori JBPM untuk membawa jenazah dari lokasi kejadian ke Inderapura,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, operasi memindahkan jenazah berjaya dilaksanakan dengan selamat dan lancar.

Related Posts

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

MUKAH – Kebajikan golongan kurang berkemampuan di daerah ini terus terbela apabila 45 individu menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Saberkas Prihatin Sarawak Zon Mukah pada Jumaat.  Inisiatif murni bermula seawal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

KALABAKAN – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) digesa menyegerakan proses tender semula projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Kampung Luasong yang bernilai lebih RM30 juta. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Jangan jadikan isu institusi diraja sebagai modal kempen pilihan raya – Penganalisis

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar lulus RM2 juta bantu pendidikan anak India Muslim, tekan penguasaan AI dan teknologi

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

Anwar rakam tahniah buat Aliff Rakib

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama