Isu bekalan air, pembangunan modal insan di Sungai Manila perlu diambil serius – Hazem

KOTA KINABALU – Walaupun pencapaian makroekonomi negeri menunjukkan perkembangan positif, isu asas rakyat seperti air bersih di peringkat akar umbi masih memerlukan perhatian serius, khususnya di kawasan DUN Sungai Manila.

ADUN Sungai Manila, Hazem Mubarak Musa berkata, realiti yang dihadapi rakyat di Sungai Manila masih jauh daripada memuaskan.

“Realiti di Sungai Manila masih lagi pedih. Isu gangguan bekalan air bersih masih menghantui kehidupan seharian penduduk.

“Masih ada kampung yang airnya menitis perlahan dan ada kalanya kering berhari-hari,” katanya semasa berucap dalam DUN yang ke-17 Negeri Sabah, penggal pertama, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, bekalan air bersih merupakan keperluan asas yang tidak boleh dikompromi.

“Ini adalah keperluan asas manusia. Kita tidak boleh bercakap mengenai digitalisasi atau Ekonomi Biru sekiranya rakyat bangun pagi dan tiada air untuk mandi atau memasak,” katanya.

Mengulas berkenaan isu pembangunan modal insan, beliau berkata, Sungai Manila mempunyai ramai anak muda yang berpotensi, namun berdepan cabaran kekurangan peluang pekerjaan setempat yang berkualiti.

“Saya tertarik dengan peruntukan sebanyak RM249.19 juta untuk pembangunan sektor perindustrian dan keusahawanan.

“Saya juga menyokong penuh inisiatif latihan TVET dan kemahiran di bawah Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi yang diperuntukkan RM39.24 juta,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau turut menyatakan hasrat agar pelaksanaan program tidak bersifat berpusat, sebaliknya turut memberi manfaat kepada kawasan luar bandar.

“Namun, saya ingin menyeru agar program-program ini tidak hanya tertumpu di Kota Kinabalu atau pusat bandar besar sahaja.

“Bawa masuk program upskilling dan reskilling ini ke kawasan Sungai Manila,” katanya.

Related Posts

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, hari ini mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sudah memutuskan secara sebulat suara proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

ALOR SETAR – Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian fenomena El Nino meningkat menjelang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

  • By Fatin
  • September 17, 2026
Lelaki maut motosikal bertembung lori rigid

Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Jetama kutip 1.658 tan sisa marin dalam dua hari

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas

Rumah strata terbeban masalah lama, Selangor mahu tindakan pantas