Infrastruktur RM1 juta siap menerusi program Kampung Angkat MADANI Jeram Besu

RAUB – Organisasi Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) berjaya menyiapkan projek penaiktarafan infrastruktur komuniti bernilai RM1 juta di Kampung Jeram Besu, dekat sini.

Kerja naik taraf itu dilakukan menerusi Program Kampung Angkat MADANI 2025.

Projek dilaksanakan dalam tempoh 14 minggu bermula 1 September hingga 9 Disember lalu itu memfokuskan kepada penaiktarafan Masjid Kampung Jeram Besu serta kerja membaik pulih Tabika KEMAS kampung berkenaan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan program ini yang berjaya meningkatkan kemudahan asas masyarakat setempat.

“Usaha ini bukan sahaja memperkukuh kesejahteraan rakyat, malah memperlihatkan komitmen kerajaan Persekutuan dan negeri dalam memastikan pembangunan desa diberi keutamaan.

“Saya yakin projek ini akan membawa perubahan positif yang berpanjangan kepada kehidupan penduduk kampung,” katanya, lapor Bernama.

Program Kampung Angkat MADANI adalah inisiatif nasional diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024.

Ia bertujuan merapatkan jurang kemudahan asas antara kawasan desa dan bandar melalui pendekatan ‘whole of government’.

Kira-kira 83,000 penduduk daripada 43 kampung menerima manfaat langsung daripada peruntukan kerajaan sebanyak RM107 juta bagi pelaksanaan program itu di seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah MDIO, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Razali Alias berkata, pihaknya berbangga dapat menyumbang secara langsung kepada kesejahteraan masyarakat melalui projek berkenaan.

Menurutnya, peningkatan kemudahan masjid, tabika dan infrastruktur asas selaras dengan mandat kerajaan untuk memastikan rakyat di luar bandar menikmati kemudahan yang lebih selesa, selamat dan berdaya maju.

“Kami akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong agenda pembangunan nasional selain mempereratkan hubungan antara tentera dan awam,” katanya.

Related Posts

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

KALABAKAN – Kawasan seluas 1,000 ekar tanah dikenal pasti bagi pembangunan sebuah Bandar Baharu Kalabakan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Beliau berkata, ia secara tidak langsung memperkukuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Luyang, Datuk Chan Foong Hin menegaskan kad pengenalan (MyKad) bukan sekadar dokumen pengenalan diri, tetapi juga lambang patriotisme dan instrumen penting dalam memastikan agihan subsidi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kawasan 1,000 ekar dikenal pasti untuk Bandar Baharu Kalabakan

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Kad pengenalan Malaysia simbol patriotisme, kunci agihan subsidi bersasar

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

Henti aktiviti lumba haram sebelum berlaku tragedi – Sultan Pahang

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

KMJG Sabah 2026 semarak patriotisme, perpaduan di Sabah

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Pengundi Sikamat hargai kepimpinan Aminuddin, harap PH kekalkan kesinambungan khidmat

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini

Bayaran interim RM1.5 bilion kepada Sabah dibawa ke Jawatankuasa Teknikal 3 Ogos ini