City terus tekan Arsenal lepas tewaskan Palace

MANCHESTER City terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal, selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park, malam tadi.

Kemenangan itu diserikan dengan dua jaringan Erling Haaland serta satu gol cantik Phil Foden, sekali gus memastikan City kekal rapat di belakang Arsenal dalam perebutan kejuaraan.

Palace lebih banyak mencipta peluang pada separuh masa pertama, namun gagal memanfaatkannya apabila Yeremy Pino mensia-siakan peluang terbaik dengan percubaannya hanya singgah di palang gol selepas menerima hantaran Adam Wharton.

City yang tampak kurang menyerlah sebelum itu, akhirnya membuka jaringan pada minit ke-41 apabila Haaland menanduk masuk hantaran lintang Matheus Nunes untuk gol ke-16 liga musim ini.

Foden kemudian menggandakan kelebihan City kira-kira 20 minit sebelum tamat perlawanan, sebelum Haaland melengkapkan kemenangan dengan sepakan penalti pada lewat permainan.

Keputusan itu menyaksikan City kekal di tangga kedua dengan 34 mata daripada 16 perlawanan, ketinggalan dua mata di belakang Arsenal, manakala Palace berada di kedudukan kelima dengan 26 mata.

Related Posts

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JURGEN Klopp secara rasmi dilantik pengendali baharu Jerman dengan bekas pengendali Liverpool itu diberi tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan gergasi bola sepak Eropah berkenaan. Pengumuman pelantikan itu dibuat Persekutuan Bola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

SEPANYOL merampas kedudukan nombor 1 dunia daripada Argentina dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Piala Dunia 2026. La Roja yang kehilangan kedudukan teratas pada April lalu, kembali menghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman