Bekalan elektrik Sarawak ke Semenanjung masih di peringkat kajian – Fadillah Yusof

KUCHING – Perancangan pembekalan elektrik dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia ketika ini masih berada di peringkat dasar dan teknikal, walaupun telah mendapat kelulusan secara prinsip.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelaksanaan projek berkenaan memerlukan kajian terperinci termasuk kerja-kerja tinjauan awal sebelum kajian kebolehlaksanaan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Ketika ini, kita masih di peringkat teknikal. Kajian perlu dibuat terlebih dahulu, termasuk kerja-kerja survei yang melibatkan Indonesia kerana pemakluman rasmi perlu disampaikan kepada negara tersebut.

“Selepas tinjauan dimuktamadkan, barulah kajian kebolehlaksanaan dapat dilaksanakan. Namun secara prinsipnya, persetujuan telah pun dicapai,” katanya merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. 

Menurut Fadillah, projek pembekalan elektrik itu dijangka melibatkan beberapa pihak utama termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sarawak Energy Berhad (SEB) serta Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Mengulas mengenai pembinaan kabel dasar laut bagi menyalurkan bekalan tenaga, beliau menjelaskan bahawa struktur dan susun atur kabel masih bergantung kepada hasil kajian teknikal serta kelulusan pihak Indonesia.

“Ia mungkin melibatkan satu kabel yang mendarat di Semenanjung sebelum disambungkan ke negara lain, atau susun atur berasingan. Semua ini bergantung kepada keputusan kajian dan kelulusan rentas sempadan,” jelasnya.

Berhubung kos dan pembiayaan, beliau berkata bahagian pembekalan ke Semenanjung akan ditanggung oleh TNB bersama rakan strategik yang dilantik, manakala aspek tarif pula masih belum ditetapkan.

“Tarif hanya boleh dirunding selepas kajian terperinci siap dan kos sebenar dikenal pasti,” katanya.

Fadillah turut memaklumkan bahawa pemakluman rasmi kepada Indonesia masih belum dimulakan dan dijangka dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.

“Harapannya proses ini boleh mula digerakkan tahun depan, namun sebarang jangka masa khusus termasuk kemungkinan pada suku pertama 2026 masih belum dapat dipastikan kerana ia banyak bergantung kepada kelulusan pihak Indonesia,” katanya.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

KOTA KINABALU – Empat lelaki maut selepas Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

England tewas tipis kepada Sepanyol

England tewas tipis kepada Sepanyol