Ancam terumbu karang, lebih 2,000 tapak sulaiman berduri disingkir

SEMPORNA – Sebanyak 2,188 tapak sulaiman berduri atau crown-of-thorns starfish (COT) yang mengancam terumbu karang pantai timur Sabah berjaya disingkirkan menerusi satu operasi di perairan Adal-Bakungan dan Silam Coast, baru-baru ini.

Operasi bersama berkenaan dilakukan Reef Check Malaysia (RCM) dengan kerjasama The Buwan Dive Resort, Yayasan Sabah dan Kumpulan Pemuliharaan Marin Komuniti (CMCG) dari Semporna susulan peningkatan ketara wabak tapak sulaiman berduri yang dikesan di perairan Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

Pengurus Program RCM Sabah Selatan, Adzmin Fatta berkata, operasi penyingkiran COT membantu mengurangkan tekanan segera ke atas terumbu karang, bagaimanapun, kajian saintifik lebih mendalam diperlukan bagi memahami punca peningkatan wabak itu.

Katanya, dengan sokongan berterusan rakan strategik termasuk KePKAS, usaha pemantauan, tindak balas pantas dan pemuliharaan berasaskan komuniti akan terus diperkasa bagi memastikan kelestarian terumbu karang pantai timur Sabah.

“Berdasarkan Tinjauan Kesihatan Terumbu Tahunan RCM, populasi tapak sulaiman berduri di pantai timur Sabah meningkat mendadak sejak 2022, melepasi paras selamat ekologi iaitu sekitar 0.2 hingga 0.3 individu bagi setiap 100 meter persegi.

“Jumlah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan kemusnahan besar terhadap tisu karang hidup, sekali gus memburukkan kesan pelunturan karang, pemendapan dan aktiviti perikanan yang tidak lestari,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Sementara itu, Ketua Pemuliharaan Marin The Buwan Dive Resort, Maryen Adelline Kelley berkata, kerjasama antara agensi, sektor swasta dan komuniti setempat membuktikan usaha kolektif mampu memberi impak besar kepada perlindungan alam sekitar.

“Usaha kecil yang dilakukan secara berterusan mampu membawa perubahan besar, selari dengan peribahasa ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’,” katanya.

Wakil Kawasan Pemuliharaan Silam Coast, Nelky Imbaran turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dan menegaskan setiap tindakan bersama membantu memastikan persekitaran marin lebih selamat dan seimbang untuk hidupan laut serta komuniti setempat.

Untuk rekod, sepanjang tahun 2025, sebanyak 7,624 COT sudah dikeluarkan menerusi operasi lapangan di beberapa lokasi panas wabak di pantai timur Sabah, dengan operasi terbaharu di Semporna menyumbang kepada usaha mitigasi berterusan.

Difahamkan, operasi terbabit turut berdepan cabaran apabila penyelam terpaksa beroperasi dalam keadaan jarak penglihatan rendah, arus kuat serta kawasan berhampiran paya bakau yang berisiko, namun pelaksanaan prosedur keselamatan yang ketat memastikan misi berjalan lancar.

Related Posts

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

TAWAU – Kerajaan Sabah merancang menghidupkan semula laluan penerbangan Tawau–Tarakan, Indonesia yang terhenti sejak pandemik COVID-19, sebagai langkah strategik merancakkan semula sektor pelancongan serta merangsang pertumbuhan ekonomi rantara kedua-dua wilayah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

PENAMPANG – Kerajaan Sabah akan terus menuntut hak pemberian 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui rundingan kerajaan dengan kerajaan (G to G)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara